• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Tiba Di Amerika Untuk Pertemuan Dengan Trump

oleh AK-47
13/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini Isnin pagi untuk mengadakan pertemuan dengan Presiden Donald J. Trump pada 12 Sept di White House.

Ketibaan Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, disambut Duta Besar Malaysia di Amerika Syarikat Tan Sri Zulhasnan Rafique di Joint Base Andrews di Maryland.

Pertemuan yang akan diadakan atas undangan Trump itu adalah bersempena sambutan ulang tahun ke-60 terjalinnya hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika.

Pada pertemuan itu, perdana menteri dijangka memohon sokongan Amerika dalam usaha menghentikan keganasan oleh pihak tertentu terhadap etnik Rohingya di Myanmar.

Kuala Lumpur mengulangi komitmennya untuk memperjuangkan hak etnik Rohingya dan menghantar misi kemanusiaan bagi membantu pelarian yang didakwa meninggalkan kampung halaman mereka untuk mengelak daripada menjadi mangsa penindasan tentera Myanmar.

Bercakap kepada wartawan Malaysia di sini, Zulhasnan berkata kunjungan perdana menteri itu dijangka mengukuhkan lagi Kerjasama Strategik Malaysia-Amerika, di samping untuk mencorakkan kerjasama dari segi hubungan dua hala dan antarabangsa pada masa akan datang.

Najib dan Trump dijadual mengadakan rundingan secara empat mata di Oval Office, diikuti mesyuarat delegasi dengan anggota dan penasihat kanan pentadbiran Trump, termasuk Naib Presiden, Mike Pence; Setiausaha Negara, Rrx Tillerson; Setiausaha Pertahanan, James Mattis; Ketua Turus, Jen. John Kelly; Penasihat Keselamatan Negara, Lt. Jen. H.R. McMaster dan Penasihat Kanan, Jared Kushner.

Semasa berada di sini, Najib juga dijadual mengadakan perjumpaan dengan pengerusi dan anggota Jawatankuasa Senat mengenai Hubungan Luar Amerika, sebuah badan berusia 200 tahun yang berperanan penting dalam membentuk dasar luar Amerika, di Capitol Building.

Perdana menteri juga dijadual berucap pada majlis makan tengah hari anjuran Center for Strategic and International Studies (CSIS).

Sementara itu, Rosmah pula dijadual melawat Feynman School di Rockville, Maryland untuk berkongsi amalan terbaik dari segi pembinaan kurikulum untuk kanak-kanak berbakat luar biasa.

Beliau juga dijadual mengadakan pertemuan dengan 17 pelajar program Permata yang sedang menuntut di beberapa universiti di Amerika. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nama Najib ‘Hilang’ Daripada Pentas PH?

Nama Najib ‘Hilang’ Daripada Pentas PH?

15/07/2026
0

KUALA PILAH – Nama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak kedengaran dalam ucapan barisan pemimpin Pakatan Harapan...

Nga Kor Ming Enggan Letak Jawatan – “Kami Tidak Menang Kali Ini, Esok Masih Ada”

Nga Kor Ming Enggan Letak Jawatan – “Kami Tidak Menang Kali Ini, Esok Masih Ada”

12/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming enggan melayan desakan supaya beliau meletak jawatan. Pemimpin DAP...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd