• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

98 Atlet, 9 Jurulatih Selangor Terima Insentif Sukan SEA

oleh AK-47
11/09/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menyampaikan insentif Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) berjumlah RM540,000 kepada 98 atlet dan sembilan jurulatih dari negeri itu.

Pemenang pingat emas menerima RM5,000 bagi setiap pingat yang diraih, perak (RM3,000) dan gangsa (RM2,000) manakala jurulatih pula menerima RM5,000 masing-masing.

Pada edisi ke-29 bulan lepas itu, 41 atlet Selangor meraih emas, 29 atlet memenangi pingat perak manakala 28 menyumbang gangsa.

Upacara penyampaian insentif berkenaan diadakan di Istana Alam Shah, di sini. Turut berangkat Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Sultan Sharafuddin dalam titahnya menzahirkan kebanggaan baginda dengan kejayaan atlet dari Selangor serta turut kagum terhadap komitmen serta kegigihan jurulatih yang tidak jemu berkongsi kepakaran dan pengalaman.

Baginda menyatakan pemberian insentif tersebut sebagai pemberi motivasi dan azimat kepada atlet berkenaan untuk mempamerkan prestasi yang lebih cemerlang dalam kejohanan akan datang.

“Beta yakin semua ini tidak mampu dicapai tanpa kemudahan sukan yang disediakan kerajaan dan swasta yang mana kerajaan negeri telah banyak melabur menyediakan infrastruktur sukan berkualiti tinggi untuk memastikan atlet serta rakyat merasai sendiri aktiviti pembangunan sukan di setiap peringkat.

“Beta menyeru Majlis Sukan Negeri untuk lebih fokus melahirkan atlet-atlet yang mampu meraih emas dalam acara utama di Sukan Olimpik dan Sukan Komanwel seperti olahraga, renang, berbasikal dan ekuastrian,” titah baginda.

Menyifatkan sukan adalah medium terbaik menjana keharmonian dan menyatupadukan rakyat, Sultan Sharafuddin turut menitahkan supaya aktiviti sukan tidak dicampur adukkan dengan fahaman dan kepentingan politik sebaliknya dijadikan elemen terpenting dalam kehidupan sosial masyarakat.

Dalam temasya dwitahunan yang berlangsung 19 hingga 30 Ogos lepas, Malaysia, selaku tuan rumah menghantar 844 atlet yang mana 142 atlet (16.8 peratus) daripadanya adalah dari Selangor dan bertanding dalam 32 acara sukan.

Sementara itu, pemenang pingat emas skuad bola jaring kebangsaan, L. Karishma, 18, berkata insentif berkenaan adalah yang pertama diterimanya sejak menyertai pasukan tersebut beberapa tahun lepas dan akan digunakan untuk membeli keperluan kejohanan seterusnya.

Atlet terjun negara, Chew Yiwei, 22, pula menyifatkan pemberian insentif itu sebagai suatu penghargaan kepada golongan terlibat yang berkorban masa dan tenaga semata-mata untuk mengharumkan nama negara.

“Saya tidak menyangka akan dapat insentif sebegini dan ini menunjukkan satu sokongan yang amat baik kepada atlet. Kerajaan banyak bantu kami dan diharap bantuan ini akan berterusan pada masa akan datang,” kata pemenang pingat emas acara papan anjal seirama dan pingat perak 10m platform itu. – BERNAMA

Tags: Sultan Selangor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

21/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya orang Melayu dan umat Islam negara ini terus bersatu...

“Patik Amat Menghormati Dan Sentiasa Mematuhi Prinsip Rukun Negara” – ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki

“Patik Amat Menghormati Dan Sentiasa Mematuhi Prinsip Rukun Negara” – ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki

20/05/2026
0

SHAH ALAM - AhIi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki menegaskan beliau amat menghormati dan sentiasa mematuhi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd