• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengurusan, Persediaan Bencana Kekal Keutamaan

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pengurusan dan persediaan menghadapi bencana kekal sebagai keutamaan Malaysia yang menyaksikan kerajaan meningkatkan keupayaan mencari dan menyelamat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Selain itu katanya kerajaan juga meningkatkan keupayaan menangani isu-isu keselamatan awam terutama semasa bencana besar.

“Ini sangat penting memandangkan negara-negara ASEAN mempamerkan kesatuan perkumpulan dengan bekerja sebagai satu pasukan bersama-sama Pusat Penyelarasan ASEAN bagi Bantuan Kemanusiaan mengenai Pengurusan Bencana, memainkan peranannya dalam menyelaras usaha-usaha kemanusiaan dengan pantas dan cekap.

“Ini menunjukkan kekuatan kolektif ASEAN apabila bertindak balas terhadap bencana. Saya harap kerjasama sedemikian boleh dipanjangkan ke rantau lain,” katanya dalam ucapan alu-aluan di Mesyuarat Kumpulan Penasihat Mencari dan Menyelamat Antarabangsa (Insarag) Rantau Asia Pasifik, di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) Datuk Abdul Rashid Harun.

Shahidan berkata Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) aktif terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan di seluruh dunia seperti China, Pakistan Filipina, Indonesia dan Nepal.

Disebabkan itu katanya Malaysia ditawarkan untuk mempengerusikan Insarag Rantau Asia Pasifik 2017 serta bersetuju menjadi tuan rumah Latihan Tindak Balas Gempa Bumi Insarag Rantau Asia Pasifik 2017 yang bermula hari ini hingga Rabu, bersempena mesyuarat tersebut.

Latihan melibatkan 400 peserta dari 32 negara sekitar ASEAN dan Asia Pasifik.

Dalam satu kenyataan di sini, Nadma berkata latihan itu merupakan satu ruang untuk berkongsi pengalaman serta bertukar-tukar idea dalam perkhidmatan kecemasan dan keselamatan awam. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembetulan: Cadangan Makanan Tidak Halal Di Graham Garden Tidak Melibatkan Kebenaran Arak, Ditolak Dalam AGM

Pembetulan: Cadangan Makanan Tidak Halal Di Graham Garden Tidak Melibatkan Kebenaran Arak, Ditolak Dalam AGM

18/10/2026
0

PUNCAK ALAM – Mynewshub merujuk laporan bertajuk “Resolusi Benar Hidangan Arak, Daging Babi Di Dewan Komuniti Dikhuatiri Cetus Polemik” yang...

Fadhlina Menghadap Raja Permaisuri Agong, Baginda Zahir Keprihatinan Mendalam Terhadap Kesihatan, Pendidikan Anak-Anak

Fadhlina Menghadap Raja Permaisuri Agong, Baginda Zahir Keprihatinan Mendalam Terhadap Kesihatan, Pendidikan Anak-Anak

18/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan keprihatinan mendalam terhadap kesihatan dan pendidikan anak-anak susulan situasi jerebu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd