• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Korea Utara Gelar Barack Obama Monyet

oleh Ahmad Albab
28/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Pyongyang – `Monyet’ merupakan gelaran yang diberikan oleh kerajaan Korea Utara kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, yang didakwa menyebabkan gangguan internet di negara berkenaan.

Pentadbiran Korea Utara diketuai pemimpinnya, Kim Jong Un, membidas Amerika Syarikat dengan menyifatkan Obama mengambil tindakan melulu dan keji.

Washington bagaimanapun menafikan ia ada kaitan dengan gangguan internet di Korea Utara, yang menyaksikan internet di seluruh negara itu `bergelap’ dan lumpuh sepenuhnya.

Kejadian itu berlaku selepas Pyongyang menuduh Amerika Syarikat menjadi perancang utama penerbitan filem The Interview, yang mengisahkan cubaan membunuh pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un.

Filem itu hampir dibatalkan tayangannya susulan serangan siber.

Namun ia ditarik balik dan ditayangkan di semua pawagam dan dalam talian pada hari Krismas lalu selepas mendapat sokongan daripada Obama.

Filem itu yang diarahkan Seth Rogen, memaparkan bagaimana dua wartawan Amerika Syarikat diberikan misi untuk membunuh Kim Jong Un.

Filem sindiran berbentuk komedi ini juga memaparkan Kim sebagai seorang yang berperangai keanak-anakan malah menangis apabila mendengar lagu Katy Perry.

Ia menyebakan Korea Utara `mengamuk’ kerana lagu itu mempersendakan pemimpin mereka.

Korea Utara juga dituduh melakukan serangan siber ke atas penerbit filem berkenaan, Sony Pictures hingga menyebabkan berpuluh ribu maklumat sulit dalam data komputernya digodam.

Tags: Barack ObamaKorea Utara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

12/10/2025
0

KOREA UTARA PAMER PELURU BERPANDU ANTARABENUANYA TERKINI, HWASONG-20 - Dipercayai Mampu Cecah AS PYONGYANG, 11 Okt – Korea Utara sekali...

Korea Utara Kutuk Serangan AS

Korea Utara Kutuk Serangan AS

23/06/2025
0

SEOUL: Korea Utara hari ini, mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas fasiliti nuklear Iran yang disifatkan pelanggaran serius terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd