• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lawat Sekolah: KM, MB Perlu Dapat Kebenaran Menteri

oleh Ahmad Albab
11/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seseorang ketua menteri atau menteri besar yang mahu melawat sekolah perlu mendapat kebenaran daripada menteri pendidikan terlebih dahulu, kata Pengarah Pendidikan Pulau Pinang Shaari Osman.

Beliau berkata perkara itu adalah satu kebiasaan dan turut merangkumi orang awam yang perlu mendapat kebenaran daripada jabatan pendidikan negeri.

“Saya dah beri penjelasan, kalau di peringkat tertinggi nak datang melawat sekolah eloklah mendapat kebenaran daripada menteri pendidikan. Ikut tradisi, kalau di peringkat lebih tinggi perlu dapat kebenaran daripada yang tertinggi (juga).

“Sudah menjadi kebiasaan seperti itu sebab kita nak jaga kepentingan sekolah,” katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kwang Hwa, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang mendakwa dihalang daripada melawat sebuah sekolah Cina di Sungai Lembu, Bukit Mertajam.

Lim yang mahu mengadakan lawatan ke SJKC Kampung Sungai Lembu pada 8 Sept lepas bagi menyerahkan sumbangan cek kepada anggota lembaga pengelola sekolah itu dilaporkan berkata beliau menerima sepucuk surat daripada Jabatan Pendidikan Pulau Pinang yang memaklumkan permohonannnya untuk melawat sekolah berkenaan ditolak dan beliau perlu mendapat kebenaran daripada menteri pendidikan.

Mengulas lanjut, Shaari berkata beliau menganggap perkara itu tidak lagi menjadi isu. – BERNAMA

Tags: Kementerian Pendidikanketua menteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tanggungjawab penuh terhadap insiden kemalangan yang meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan...

Kumpulan Kedua Adalah ‘Penjilat Tegar’, Buatlah Apa Pun Semuanya Terbaik – Anuar Ahmad

Kumpulan Kedua Adalah ‘Penjilat Tegar’, Buatlah Apa Pun Semuanya Terbaik – Anuar Ahmad

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pakar pendidikan, Anuar Ahmad mengingatkan kepimpinan pendidikan di pelbagai peringkat supaya berhati-hati terhadap kelompok yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd