• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2,515 Pencawang TNB Dihentikan Sementara Kerana Banjir

oleh AK-47
28/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR (Bernama) — Sebanyak 2,515 Pencawang Elektrik (PE) terpaksa dihentikan sementara di negeri-negeri yang teruk dilanda banjir setakat 4 petang hari ini, berbanding 2,473 pada 9 pagi tadi.

Pengurus Besar Kanan (Operasi Wilayah 2) Bahagian Pembahagian Tenaga Nasional Berhad (TNB) Abdul Aziz Abdul Majid, berkata 1,860 PE adalah di Kelantan manakala 152 lagi di Terengganu, 424 di Pahang dan 79 di Perak.

“Penghentian operasi pencawang-pencawang ini adalah bagi menggelakkan kejadian litar pintas,” kata Abdul Aziz yang juga Ketua Koordinator Pengurusan
Banjir TNB dalam kenyataan di sini.

TNB juga telah memulihkan operasi di 421 PE di kawasan yang air banjir telah surut dan selamat iaitu 260 PE di Kelantan, Terengganu (36), Pahang (105) dan
Perak (20).

Menurutnya, penghentian operasi PE sehingga petang ini melibatkan 179,466 pengguna iaitu meningkat daripada 155,383 pengguna pada 9 pagi tadi.

Jumlah pengguna paling ramai terjejas ialah di Kelantan iaitu sebanyak 151,610, diikuti Pahang (19,357), Terengganu (5,754) dan Perak (2,745), katanya.

Sehingga kini, TNB telah memasang 57 set janakuasa ke kawasan yang penting dan pusat perpindahan mangsa banjir yang boleh dilalui kenderaan di Terengganu, Pahang, Perak dan Kelantan dengan 38 daripadanya sedang beroperasi.

“Di Kelantan, kami menghadapi kesukaran untuk menghantar dan mengoperasikan set janakuasa kerana keadaan banjir yang masih berlanjutan dan jalan yang boleh
dilalui masih terhad.

“Di samping itu, 34 set janakuasa mudah alih telah pun berada di lokasi-lokasi tertentu. TNB akan terus memantau pepasangannya seperti PE di kawasan yang terjejas banjir dan menutup bekalan elektrik sekiranya air terus mencecah paras bahaya,” katanya.

Beliau berkata lebih 1,000 warga kerja TNB sedang bertugas di Kelantan, Pahang, Perak dan Terengganu untuk tujuan itu.

Selain tugas pemantauan pepasangan, kemudahan TNB juga digunakan untuk membantu kerja-kerja pemindahan mangsa banjir ke pusat perpindahan.

Orang ramai boleh menghubungi talian TNB Careline di 15454 untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan bekalan elektrik.– BERNAMA

VIDEO SAMPINGAN (TIDAK KENA MENGENA DENGAN BERITA DI ATAS) – NAMEWEE MARAH TNB

Tags: BanjirTNB
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd