• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lapor SPRM Dapat Ganjaran Setara Nilai Rasuah Suspek

oleh
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Penjawat awam yang melaporkan kes rasuah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima pengiktirafan ganjaran berbentuk insentif wang tunai.

Malahan hadiah diberi itu adalah sama dengan nilai rasuah yang ditawarkan oleh suspek kes tersebut sendiri, kata Pengarah SPRM Sabah, Datuk Sazali Salbi di sini hari ini.

Beliau berkata ganjaran terbabit bagaimanapun hanya akan diberikan dengan syarat termasuk sekiranya kes itu disiasat dan tertuduh didakwa serta berjaya disabit kesalahan di mahkamah.

“Di Sabah pada tahun lalu hanya ada dua penjawat awam iaitu masing-masing seorang kakitangan imigresen serta polis menerima ganjaran selepas melaporkan kes rasuah di negeri ini.

“Manakala tahun ini terdapat seorang (anggota polis) sahaja setakat ini yang bakal menerima ganjaran bernilai RM25,000 dan ia akan disampaikan kepadanya pada tahun hadapan.

“Insentif terendah yang ditawarkan adalah RM500 bagi kes rasuah di bawah nilai RM500, namun kes rasuah membabitkan nilai RM500 dan ke atas akan dibayar insentif mengikut nilai sogokan,” katanya.

Sazali menyatakan demikian ketika hadir menyampaikan taklimat di hadapan kira-kira 105 kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Zon Tawau dan Sandakan.

Ia diadakan bersempena dengan majlis melafaz dan menandatangani ikrar bebas rasuah jabatan tersebut bersama-sama pihak SPRM Sabah. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: ikrar bebas rasuahSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

30/10/2026
0

MELAKA - Parti BERSAMA menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan pemberian wang RM200...

SPRM Belum Temui Unsur Rasuah, Penyelewengan Dalam Pelaburan KWAP Di eFishery – MOF

SPRM Belum Temui Unsur Rasuah, Penyelewengan Dalam Pelaburan KWAP Di eFishery – MOF

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum menemukan sebarang unsur salah laku jenayah melibatkan rasuah atau penyelewengan berkaitan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd