• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong ‘Kecek Kelate’ Tegur Teks Titah Panjang

oleh
10/09/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADA kelaziman, amat jarang untuk mendengar Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V bertitah dalam dialek Kelantan sejak bersemayam di Istana Negara pada 13 Disember tahun lalu.

Baginda yang terkenal amat mesra rakyat itu sebaliknya dilihat hanya bertitah dalam bahasa Melayu standard ketika menghadiri sebarang majlis rasmi peringkat persekutuan termasuk lawatan diraja ke mana-mana negeri setakat ini.

Namun sesuatu yang tidak dijangka berlaku apabila Seri Paduka bertitah selepas mengurniakan darjah persekutuan kepada 103 penerima sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara di ibu negara pada Sabtu.

Sultan Muhammad V pada akhir titah ucapannya tanpa segan silu bertutur sebaris ayat dalam dialek Kelantan hingga menyebabkan mereka yang hadir di Balairong Seri tersenyum selain ada tertawa kecil mendengarkannya.

“Baghu ni balik Kelate lamo seminggu, pelek sikit kecek ni,” titah baginda yang bermaksud baru-baru ini Seri Paduka pulang ke Kelantan selama seminggu sempena Hari Raya Aidiladha dan agak pelat membaca teks itu.

Titah spontan Sultan Muhammad V itu mungkin merujuk kepada teks disampaikan agak panjang dan mengambil masa hampir 10 minit sehingga mengakibatkan ada hadirin berasa letih setelah berada di situ sejak awal pagi lagi.

Situasi berkenaan juga dapat disaksikan oleh jutaan penonton di seluruh negara yang mengikuti secara langsung majlis itu disiarkan menerusi stesen TV1 RTM dalam slot khas selepas program bual bicara Selamat Pagi Malaysia.

Walau apa pun, baginda juga kelihatan tersenyum bersahaja selepas melihat reaksi hadirin yang terpinga-pinga dan mungkin menujukan perkara berkaitan teks titah itu kepada pihak Istana Negara sendiri untuk tindakan susulan.

Ini merupakan penampilan julung kali Sultan Muhammad V dalam majlis khas tersebut dan juga kali pertama tarikh sambutan Hari Keputeraan diubah untuk sepanjang lima tahun pemerintahan baginda. – Mynewshub.cc/HAA

Nota: Titah Sultan Muhammad V bermula pada sekitar masa rakaman 2:03:00.

Tags: Istana NegaraSultan Muhammad VYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Semalam Dia ‘Claim Credit’ Seolah-Olah Dia Seorang Yang Kembalikan F1”

“Semalam Dia ‘Claim Credit’ Seolah-Olah Dia Seorang Yang Kembalikan F1”

28/07/2026
0

ALAM - "Semalam (kelmarin) dia 'claim credit' 'seolah-olah dia seorang sahaja yang telah mengembalikan F1" Demikian sindiran Ahli Jawatankuasa Pemuda...

Sultan Ibrahim Titah Kerajaan Johor Jalankan Amanah Dengan Penuh Tanggungjawab

Sultan Ibrahim Titah Kerajaan Johor Jalankan Amanah Dengan Penuh Tanggungjawab

15/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi di sini hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd