• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Badrul Hisham Tamat Kayuhan Dari London

oleh Ahmad Albab
27/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT KAYU HITAM – Setelah mengayuh basikal hampir lima bulan melibatkan jarak 11,000 km, seorang rakyat Malaysia hari ini tiba di tanah air untuk menamatkan program kayuhannya dari London.

Badrul Hisham Burhanuddin, 24, yang menamatkan pengajian peringkat Sarjana dalam Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Sheffield, United Kingdom pada Julai lalu, tiba di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bukit Kayu Hitam di sini kira-kira pukul 3 petang tadi.

Ketibaannya di pintu masuk sempadan negara disambut bapanya Burhanuddin Mohd Alipiah, 53, dan ibunya Rapiah Ibrahim, 62, serta ahli keluarga yang lain.

Anak kedua daripada tiga beradik yang berasal dari Klang, Selangor ini berkata beliau mengambil masa lapan jam untuk berkayuh sejauh 100 kilometer sehari bagi melintasi 18 negara lain seperti England, Perancis, Iran, Turki, Vietnam dan Thailand sebelum tiba di negara ini.

Beliau berkata misi kayuhan tersebut dilakukan bagi mengutip dana untuk membantu rumah anak-anak yatim di negara ini dan sumbangan untuk Tabung Gaza.

Badrul Hisham berkata setakat ini sebanyak RM3,500 telah berjaya dikumpulkan menerusi sumbangan orang ramai.

“Untuk misi ini saya menggunakan wang sendiri dan sumbangan rakan-rakan sebanyak RM8,000 dan terpaksa berjimat cermat untuk jayakan misi ini. Saya hanya makan pasta setiap hari dan tidur dalam khemah,” katanya kepada pemberita di Kompleks CIQ Bukit Kayu Hitam hari ini.

Katanya kayuhannya pada awalnya ditemani empat rakan yang lain, di mana tiga daripadanya berpecah dan kini berada di sekitar Turki manakala beliau dan seorang lagi rakan Mohd Hafiz Hamid, 22, dari Kolej Profesional Mara, Beranang yang dikenalinya di laman sosial Facebook melakukan kayuhan bersama-sama untuk sampai ke negara ini.

“Ada masa kami berkayuh bersama dan ada kalanya kami tidak bersama dan hanya berjumpa di lokasi ‘check point’ sahaja. Siapa yang sampai awal mereka akan dirikan khemah dan sediakan makanan.

“Sampai di Thailand kami (beliau dan Mohd Hafiz) berpecah di Hatyai dan dia ke sempadan Perlis dan saya ke Bukit Kayu Hitam untuk pulang ke kampung halaman masing-masing,” katanya.

Badrul Hisham berkata setiap hari beliau mula berkayuh kira-kira pukul 7 pagi dan berakhir kira-kira pukul 5.30 petang dan tidak boleh berkayuh pada waktu malam kerana faktor keselamatan.

Beliau berkata misinya turut mendapat sokongan daripada ahli keluarganya dan sering berhubung menerusi ‘online’ bagi memaklumkan kedudukan dan tahap kesihatan kepada keluarganya.

Katanya sepanjang perjalanan beliau terpaksa menempuhi pelbagai cabaran seperti rantai basikal terputus, hampir diculik dan dirompak ketika melalui beberapa negara seperti Turki dan Thailand.

Beliau berkata pada 10 Sept lepas, beliau hampir dirompak dan diculik oleh sekumpulan lelaki ketika melalui bandar Adana, Turki tetapi terselamat selepas mendapat perlindungan di sebuah stesen minyak.

“Saya pernah keracunan makanan dan hampir putus asa untuk meneruskan misi ini. Namun sokongan keluarga membuatkan saya berusaha untuk meneruskan misi ini sehingga berjaya.

“Syukur Alhamdulillah saya berjaya selesaikan misi ini. Selepas ini saya berhasrat untuk berbasikal ke Gunung Everest bagi membuktikan kemampuan rakyat Malaysia untuk mencipta kejayaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: basikalRekod
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan dominasi apabila mencatat rekod tanpa kalah dalam 25 perlawanan Piala Malaysia...

Budak Lelaki Cedera Di Perut, Tertusuk Besi Pengayuh Basikal

Budak Lelaki Cedera Di Perut, Tertusuk Besi Pengayuh Basikal

26/09/2025
0

Baling: Kanak-kanak lelaki beruaia 12 tahun cedera di perut selepas tertusuk besi pengayuh basikal di Jalan Charok Bemban, Kampung Charok...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd