• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LHDN Nafi Letak Petunjuk KPI Untuk Pegawai Audit

oleh AK-47
10/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menafikan menetapkan sasaran petunjuk prestasi utama (KPI) kutipan cukai berjumlah RM6 juta bagi setiap pegawai auditnya, seperti mesej yang tular di aplikasi WhatsApp baru-baru ini.

Lembaga itu berkata sasaran kutipan tahunannya ditetapkan oleh kerajaan dan dimaklumkan kepada umum semasa pembentangan bajet tahunan negara oleh Menteri Kewangan.

Justeru, katanya inisiatif dan strategi LHDN bagi mencapai sasaran tersebut telah dirancang seawal November 2016 dan dilaksanakan mulai Januari 2017.

“Adalah dimaklumkan juga bahawa inisiatif, strategi, sasaran dan pencapaian ini dipantau oleh Kementerian Kewangan dan Anggota LHDN, di mana Anggota LHDN terdiri daripada wakil sektor awam dan swasta,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Mesej WhatsApp yang tular itu mendakwa LHDN sedang agresif mengutip cukai bagi mencapai sasaran berjumlah RM127 bilion pada tahun ini, dengan setiap pegawainya perlu mencapai KPI sebanyak RM6 juta.

LHDN berkata pihaknya juga memandang serius tohmahan bahawa pegawainya bertindak tidak profesional semasa menjalankan audit gara-gara sasaran yang ditetapkan itu.

Menurutnya trend pencapaian kutipan semasa menunjukkan peningkatan positif berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Selain itu, katanya perkembangan ekonomi negara sebanyak 5.8 peratus dalam suku kedua tahun ini, seperti yang dilaporkan oleh Bank Negara pada 18 Ogos lepas, menunjukkan ekonomi Malaysia mampu melepasi unjuran yang ditetapkan pada sekitar 4.3 hingga 4.8 peratus.

Justeru, LHDN berkata perkembangan ekonomi positif yang dipacu oleh strategi penguatkuasaan dan pendidikan cukai LHDN pada tahun ini, lembaga itu akan terus melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pemungut hasil utama negara berdasarkan perundangan percukaian yang berkuat kuasa.

Dalam pada itu, LHDN juga mengingatkan pembayar cukai untuk menyimpan semua rekod berkaitan pendapatan dan perbelanjaan selama tujuh tahun, seperti yang termaktub dalam Akta Cukai Pendapatan 1967, bagi memudahkan semakan sekiranya diaudit oleh LHDN.

Orang awam juga dinasihatkan untuk menghubungi LHDN sekiranya menghadapi sebarang kemusykilan semasa proses audit dijalankan menyertakan maklumat lengkap berkenaan nama pegawai, waktu audit dan isu yang berlaku perlu bagi memudahkan tindakan pihaknya. – BERNAMA

Tags: CukaiLHDNM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Tidak Pernah Bincang Tentang Pengenalan Cukai Langganan ChatGPT – Fahmi

Kerajaan Tidak Pernah Bincang Tentang Pengenalan Cukai Langganan ChatGPT – Fahmi

31/10/2024
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak pernah membincangkan cadangan pengenalan cukai langganan ChatGPT seperti diperkatakan di media sosial, kata Menteri Komunikasi,...

LHDNM Lindungi Kerahsiaan Pemberi Maklumat

Bayar Cukai Pendapatan Elak Dikategorikan Tidak Patuh

01/10/2024
0

EKONOMI global kembali rancak selepas pandemik Covid-19 berakhir. Begitu juga aktiviti perniagaan di Malaysia menerima tempiasnya. Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd