• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Punca Melayu Berpecah Teruk – PAS

oleh
10/09/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu berhenti tuduh PAS punca Melayu berpecah, sebaliknya menilai gabungan pembangkang diketuainya sendiri, yang memang cenderung cetus permusuhan.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kewujudan pakatan pembangkang kini mencetus pertembungan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Tindakan gabungan itu yang dikenali sebagai Pakatan Harapan sebenarnya memulakan permusuhan dan menyerang PAS secara terang-terangan sekali gus menjurus ke arah perpecahan.

Justeru beliau berkata, tindakan Mahathir menuding jari dengan dakwa PAS sebagai punca perpecahan Melayu adalah tidak tepat kerana gabungan pembangkang diketuainya yang sebenarnya memulakan permusuhan itu.

“Tun (Mahathir) perlu lihat apa yang berlaku dalam gabungan mereka yang kerap melakukan serangan kepada PAS. Mereka yang mengisytiharkan PAN (Parti Amanah Negara) mahu mengambil alih Kelantan.

“Malahan PAN bertanding semua di kerusi PAS, jadi kita dipersalahkan hingga berlaku perpecahan? Di sebalik kita menghulurkan tangan, mereka bertindak ‘memukul’ kita dari arah belakang, berhentilah pukul curi,” katanya.

Tuan Ibrahim menegaskan sedemikian pada siri jelajah Timbalan Presiden PAS ke Perlis di Kampung Katong, di sini, malam tadi sebagai mengulas dakwaan Mahathir yang mendakwa PAS sebagai punca orang Melayu berpecah.

Pengerusi Pakatan Harapan itu bahkan mendakwa PAS menjadi penyebab kepada berlakunya pertembungan tiga penjuru pada PRU nanti kerana keengganannya menyertai gabungan pembangkang.

Sementara itu mengulas dengan lebih lanjut, Tuan Ibrahim berkata PAS tidak bermasalah untuk berhadapan PRU ke-14 akan datang secara bersendirian kerana sudah biasa menghadapinya.

“PAS tidak takut dengan kekalahan kerana kita sudah biasa menghadapinya. Kita pernah menang dan kita juga pernah kalah. Kita ditubuhkan bukan semata-mata untuk mentadbir.

“Tetapi PAS sebagai gerakan menegakkan Islam, jika kita kalah (pilihan raya) sekali pun, perjuangan kita masih diteruskan,” kata Tuan Ibrahim. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: PASTuan Ibrahim Tuan Man
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa pimpinan parti politik menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa membuat kenyataan yang disifatkan...

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

01/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Woo Kah Leong menegaskan DAP tidak pernah mengaitkan perihal politik dengan isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd