• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa ‘Setan’ Rogol Anak 623 Kali Dijel 48 Tahun

oleh
10/09/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seorang bapa dihukum penjara 48 tahun dan sebat 24 kali di Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak selepas mengaku bersalah atas 623 tuduhan pelbagai kesalahan seks.

Lelaki berusia 36 tahun dan bekerja sebagai ejen unit amanah itu didakwa atas satu pertuduhan merogol, satu pertuduhan penganiayaan seks, 30 tuduhan sentuhan seksual secara fizikal dan 591 tuduhan liwat.

Berdasarkan kepada fakta kes, kali pertama mangsa diliwat adalah sewaktu menunaikan umrah bersama-sama dengan bapanya pada 3 April 2015 dan remaja tersebut baru berusia 13 tahun pada ketika itu.

Kejadian berterusan sehingga pada satu kejadian mangsa telah diliwat sehingga terkeluar najis.
 Setiap kali melawan, mangsa dilaporkan akan ditolak, ditarik dan ditindih serta mulutnya ditutup dengan tangan.

Bapa kepada tiga orang anak perempuan itu didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap mangsa di rumah mereka di Sungai Way, Petaling Jaya dekat sini pada tarikh berlainan meliputi sebelah pagi, petang dan malam.

Kejadian sumbang mahram dahsyat ini didakwa berlaku antara bulan Januari dan Julai tahun ini sebanyak tiga kali sehari iaitu pada waktu pagi, petang dan malam di rumah mereka di Sungai Way.

Menurut pertuduhan, tertuduh didakwa meliwat anak kandungnya setiap hari sepanjang bulan Januari, Februari, Mac, April dan Jun (termasuk ketika sambutan Hari Raya Puasa pada 25 Jun lalu).

Pada bulan Mei lalu, dia didakwa sekali lagi meliwat mangsa setiap hari kecuali dua hari sebelum bulan Ramadan (25 dan 26 Mei) dan pada hari pertama umat Islam menunaikan ibadah puasa (27 Mei).

Lelaki berkenaan turut dituduh melakukan perbuatan terkutuk itu setiap hari bermula 1 Julai hingga 20 Julai lalu sebelum laporan polis akhirnya dibuat oleh bekas isteri tertuduh pada 25 Julai lalu.

Kes panas itu mendapat perhatian ramai dan turut menyksikan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim hadir pada prosiding hari ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: seksual
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Sugarbook.com Perlu Disekat – MOSTI

15/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Laman web dan aplikasi, Sugarbook.com perlu disekat kerana dipercayai menjalankan aktiviti persundalan secara dalam talian, kata Timbalan...

Amang Seksual: Bapa 3 Anak Dijel 50 Tahun, 4 Sebatan

31/10/2018
0

MELAKA - Seorang bapa tiga anak dijatuhi hukuman penjara 50 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd