KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan Datuk Wira Azhar Abdul Hamid sebagai pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) yang baharu, berkuat kuasa hari ini.
“Saya yakin dengan pengalaman luas yang dimilikinya, beliau akan dapat menerajui FGV dengan cemerlang, sekali gus meningkatkan keyakinan pelabur dan seterusnya dapat diterjemahkan dengan harga saham FGV yang lebih kukuh,” kata beliau menerusi satu kenyataan akhbar hari ini. – BERNAMA