• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarikat GLC Arab Saudi Bakal Bina Kompleks TH

oleh AK-47
10/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKKAH – Lembaga Tabung Haji (TH) sedang dalam rundingan dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Arab Saudi berhubung cadangan pembinaan Kompleks Tabung Haji di Tanah Suci Makkah dan Madinah, dalam tempoh terdekat.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Johan Abdullah berkata syarikat Arab Saudi terbabit mempunyai rekod yang baik dan mampu memenuhi keperluan dan kehendak TH itu.

“Kita tidak perlu bangunan penginapan berstatus lima atau enam bintang. Setakat tiga bintang pun sudah memadai untuk menampung 35,000 hingga 40,000 jemaah haji Malaysia semasa musim haji,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat TH di Hotel Abraj Janadriyah di sini.

Turut hadir, Ketua Rombongan Haji Malaysia 1438 Hijrah, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Mengulas lanjut, Johan berkata cadangan tapak bagi pembinaan kompleks berkenaan di Makkah adalah kira-kira 500 meter dari Masjidil Haram, manakala di Madinah lebih kurang 150 meter dari Masjid Nabawi.

Beliau berkata pembinaan Kompleks Tabung Haji di Tanah Suci itu adalah suatu langkah positif dan dapat memberi pulangan baik kepada TH dalam jangka panjang.

“Sebab apa kita perlu mendapatkan kompleks penginapan untuk jangka panjang. Ini kerana, sama ada kita suka atau tidak, setiap tahun kita perlu menguruskan jemaah haji ke Tanah Suci, dan kos meningkat setiap tahun.

“Berdasarkan perkara itu, amat praktikal dalam tempoh jangka panjang untuk Tabung Haji mendapatkan kompleks penginapan umpama ‘Perkampungan Malaysia” di Makkah dan Madinah bagi menangani kos mengerjakan haji yang meningkat setiap tahun,” katanya.

Beliau berkata pelaburan bakal dibuat TH itu juga amat besar dan penting untuk melihat kegunaan kompleks berkenaan di luar musim haji.

“Kita pun sudah membuat perbincangan bagaimana untuk menampung dari segi jemaah yang mengerjakan umrah.

“Pada masa ini, kita sudah membuat pelaburan dengan memajak hotel-hotel di Tanah Suci (semasa musim haji) yang mendapat pulangan secara berterusan setiap tahun serta melalui jumlah penginapan untuk menunaikan umrah,” katanya.

Cadangan pembinaan Kompleks Tabung Haji di Tanah Suci Makkah dan Madinah disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud ketika lawatan rasmi baginda ke Malaysia pada Februari lepas. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Johan Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Operasi Hotel TH Sepang Pertengahan Tahun Ini

07/02/2018
0

PUTRAJAYA - Hotel Tabung Haji Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang akan mula beroperasi pertengahan tahun ini sebelum penerbangan pertama...

Tabung Haji Teliti Cadangan Kendali Pengurusan Umrah

21/12/2017
0

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) akan meneliti secara mendalam cadangan yang diutarakan kepada pihaknya dalam mengendalikan hal-hal berkaitan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd