Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Lana Hamil Anak Kedua,...

TIGA tahun mendirikan rumah tangga, kini pelakon Lana Nodin telah disahkan hamil anak...

Banduan Diserah Dengan Pakaian...

JAKARTA - Polis semalam menyerahkan semula seorang banduan yang ditangkap selepas melarikan diri...

MCA Tak Janggal UMNO...

KUALA LUMPUR – MCA tidak merasakan penggabungan UMNO dan PAS dalam agenda penyatuan...

Harga Kereta Di Singapura...

SINGAPURA – Jika berminat membeli kereta di Singapura, anda boleh dianggap sebagai antara...

Tabung Haji Teliti Cadangan Kendali Pengurusan Umrah

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) akan meneliti secara mendalam cadangan yang diutarakan kepada pihaknya dalam mengendalikan hal-hal berkaitan pengurusan, pemantauan dan penguatkuasaan umrah bagi jemaah Malaysia.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Johan Abdullah berkata TH mengambil positif saranan yang dibuat oleh semua pihak untuk menangani kes penipuan pakej umrah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Kajian yang lebih mendalam perlu dibuat dari pelbagai aspek kerana pengurusan umrah berbeza daripada haji dan ia berjalan hampir sepanjang tahun.

“Hasil daripada kajian ini perlu diperhalusi dengan teliti sebelum sebarang keputusan atau perubahan akta dicadangkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Johan berkata TH juga perlu melihat dari sudut manfaat serta kesan yang bakal memberi impak kepada pendeposit TH yang pengurusan umrah melibatkan struktur kos yang berbeza.


Menurutnya TH juga perlu mengadakan perbincangan lanjut dengan semua pihak berkuasa dan berwajib supaya cadangan tersebut dapat dibentangkan secara menyeluruh demi kepentingan dan kebaikan semua pihak.

Sementara itu, TH menyarankan orang ramai yang ingin menunaikan umrah agar menggunakan perkhidmatan syarikat pelancongan yang mempunyai Lesen Khas Umrah (LKU) yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Oktober lalu. – BERNAMA

Kategori