• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RCI Forex BNM: Adakah Sedia Jadi Kambing Hitam?

oleh
08/09/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

APAKAH penjelasan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop kepada RCI melalui kenyataan bertulisnya itu menandakan dia bersedia menjadi kambing hitam dalam skandal yang sudah lama tertutup.

Dia mengaku bertanggungjawab atas kerugian besar itu, tetapi menafikan semua keputusan berkaitan urus niaga mata wang asing (forex) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar 1990-an itu ditentukan dia secara bersendirian.

Maksudnya ada orang lain terlibat. Siapakah orang itu? Apakah dia bermaksud Gabenor BNM? Yang pasti Nor Mohamed cuba mengelak daripada mengaitkan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada ketika itu.

Sebab itu penubuhan RCI ini penting. Walaupun kes lama, tetapi ia menimbulkan kesangsian kerana seolah-olah ada yang tidak bercakap benar, ada unsur mahu sembunyi fakta dan ada juga unsur untuk melindungi seseorang.

Sebab itu isu paling penting di sini ialah kenapa jumlah kerugian forex yang diumumkan oleh pihak BNM tidak sama dengan jumlah kerugian yang sebenarnya dilaporkan kepada Kabinet dan Parlimen.

Malahan kenapa mesyuarat Kabinet dan jawapan di Parlimen pula memberikan jawapan yang boleh disifatkan sebagai “berbohong”. Kenapa dan siapakah yang dalang mengarahkannya?

Anwar sendiri dalam keterangannya di hadapan RCI semalam cuba berdolak dalik kenapa Mesyuarat Kabinet dimaklumkan kerugian hanya RM5.7 bilion hakikatnya kerugian adalah dianggarkan sebanyak RM32.074 bilion.

Yang menambahkan lagi unsur kesangsian ialah, kalau sudah tahu rugi besar kenapa diteruskan juga urus niaga forex itu sehingga kerugian mencecah puluhan bilion ringgit.

Kenapa tidak diberhentikan transaksi itu dengan serta merta? Mustahil Nor Mohamed membuat keputusan bersendirian dan mustahil juga jika tiada arahan dari pihak atasan.

Nor Mohamed mungkin boleh berterima kasih kepada Tun Mahathir Mohamad kerana melantik dia sebagai Penasihat Kewangan kepada beliau ketika berlaku Krisis Kewangan Antarabangsa pada tahun 1997/1998.

Dia mendakwa bahawa pengalaman pahit akibat urus niaga forex yang merugikan itu kemudian membantu dia untuk menyelamatkan negara daripada krisis kewangan pada 1997 dan 1998.

Krisis itu boleh menyebabkan negara akan rugi teruk hingga ratusan bilion ringgit, banyak syarikat akan bankrap, kadar pengangguran meningkat malahan kestabilan politik akan musnah. Itu bukan isunya.

Isunya rakyat telah dibohongi. Jangan pula kerana diberi peluang semula sebagai penasihat kewangan kepada Perdana Menteri waktu itu menyebabkan Nor Mohamed bersedia menjadi kambing hitam.

Lebih teruk dia menyembunyikan fakta sebenar mengenai skandal kewangan yang menyebabkan negara kerugian puluhan bilion ringgit ketika itu.

Mohd Puad Zarkashi
Ahli Majlis Tertinggi UMNO

Tags: BNMforexRCI
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dana AS$620 Juta Dipulangkan Ke Akaun Asal Dengan Kelulusan BNM – Najib

Dana AS$620 Juta Dipulangkan Ke Akaun Asal Dengan Kelulusan BNM – Najib

21/10/2025
0

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau telah...

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

06/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd