• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BRIM Dipercepat, Dana RM500 Juta Dilulus Untuk Bantu Mangsa Banjir

oleh AK-47
28/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini telah meninjau beberapa kawasan yang teruk dilanda banjir di Kelantan dengan menaiki helikopter milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) .

Beliau turut mengunjungi beberapa pusat penempatan bagi mendengar sendiri rintihan dan permasalahan yang dialami oleh mangsa-mangsa banjir.

1897895_10152710431064998_5496683002793245719_n1530308_10152710096099998_5804210157184404777_n

Selepas mengadakan tinjauan, Najib mengikuti taklimat tertutup yang turut dihadiri oleh Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob bagi membincangkan solusi terbaik menangani bencana banjir.

Dato' Sri Najib di taklimat tertutup mengenai banjir ydi Kelantan yang turut dihadiri Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
Dato’ Sri Najib di taklimat tertutup mengenai banjir ydi Kelantan yang turut dihadiri Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Sehubungan itu, beberapa langkah telah diputuskan bagi mengurangkan kesusahan dan penderitaan yang dialami mangsa-mangsa banjir.

Antaranya, kerajaan persekutuan bersetuju menambah dana sebanyak RM500 Juta melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membantu mangsa banjir di seluruh negeri yang terjejas.

Turut diumumkan, bayaran BR1M fasa pertama yang dirancang diberikan pada hujung Februari dipercepatkan kepada pertengahan Januari 2015 bagi meringankan beban rakyat terutama yang dilanda musibah seumpama ini.

Kerajaan turut mengarahkan institusi kewangan supaya meringankan beban mangsa banjir dengan memberi kelonggaran kepada mereka dalam membayar balik pinjaman yang dibuat.

Berkaitan kerosakan di kawasan yang terjejas banjir, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) bakal menilai dan memaklumkan kepada kerajaan persekutuan berhubung  jumlah kerosakan yang dialami selepas bencana banjir reda dan berakhir.

Setakat ini, fasa pertama bantuan yang dihulurkan Kerajaan Persekutuan kepada mangsa-mangsa banjir, berupa keperluan pakaian dan makanan.

Selain itu bekalan air, gas dan elektrik akan dipulihkan secara berperingkat di semua kawasan yang terjejas.

Saluran komunikasi yang terjejas di kawasan banjir berkait dengan elektrik yang terputus, dan ia akan dibaikpulih pada kadar segera.

Untuk makluman, bantuan RM500 juta yang diumumkan akan mula diagih tahun depan selepas bencana reda dan kesemua mangsa dapat pulang ke rumah masing-masing.
– MYNEWSHUB.CC

NAJIB LAWAT MANGSA BANJIR

Oleh: FARAH

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd