• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Undi PH Bererti Undi DAP Anti-Islam – Pemuda PAS

oleh
07/09/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SESIAPA yang mengundi Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang dianggap seperti sokong DAP yang cuba merendahkan martabat syiar agama Islam di negara ini.

Demikian ditegaskan Ketua Pemuda PAS, Khalil Abdul Hadi sambil mendakwa DAP ‘sembunyi’ imej di sebalik tiga lagi komponen parti dalam blok pembangkang tersebut iaitu PAN, PPBM dan PKR yang majoritinya Melayu-Islam.

Agenda tersirat parti cauvinis tersebut yang dibayangi gerakan Evangelis Kristian dan mahu menawan negara ini sekali gus memberikan keinsafan kepada parti Islam itu untuk menolak sebarang kerjasama politik dengan mereka.

“Mutakhir ini, DAP sering menyemarakkan hasutan kebencian dan tuduhan terhadap usaha dibawa PAS dan pada sama, DAP turut dibayangi agenda rahsia Evangelis Kristian dan bercita-cita menawan untuk sekularkan negara.

“Bahkan tindak tanduk DAP jelas mahu menjadi dominan di dalam PH, sekali gus penentu arah setiap langkah PH. Keadaan itu mendedahkan hakikat bahawa undi kepada parti lain dalam PH bermakna beri undi kepada DAP.

“Oleh itu, mengalahkan BN dan PH adalah misi menyelamat yang penting buat negara pada PRU ke-14 nanti,” kata Khalil yang juga merupakan anak Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menerusi satu kenyataan media.

DAP ujar beliau, sebenarnya cuba menyelindungi ‘wajah’ hipokrit Malaysian Malaysia dengan menyelinap serta mempengaruhi PAN, PPBM dan PKR untuk dicengkam sebagai proksi dalam melaksanakan pelbagai misinya.

PAS sebelum ini dilaporkan bertegas mereka hanya bersedia bekerjasama dengan PKR dan PPBM jika dua parti serpihan UMNO itu meninggalkan DAP dan serpihan PAS iaitu PAN yang penubuhannya didalangi DAP.

Pengerusi PH, Mahathir Mohamad semalam mengumumkan blok itu akan henti usaha PKR berpakat dengan PAS, kerana sebarang kerjasama pengagihan kerusi boleh jejas parti komponen PH, terutamanya PAN dan PPBM.

Mengulas lanjut Khalid berkata, gerakan politik seharusnya menjadi wadah kebertanggungjawaban oleh kepimpinan parti siasah bagi menjaga kepentingan rakyat dan bukan pula mengambil kesempatan tertentu atas tujuan peribadi.

“Inilah kesungguhan yang PAS yang digagaskan menerusi budaya politik matang dan sejahtera ke arah meletakkan kembali negara di landasan betul. Oleh itu hanya pemerintahan Islam dapat beri jaminan dan perlindungan hakiki.

“Ini meliputi terhadap segala kepentingan serta hak kepada rakyat dan negara,” kata Khalil lagi. Sementara itu, beliau berkata PAS sedang bersiap sedia menghadapi PRU ke-14 yang bakal diadakan pada bila-bila masa sahaja.

“Jentera Pemuda PAS akan bertindak selaku pelincir utama yang mendokong tugas-tugas pilihan raya, termasuk bersedia selaku calon untuk merealisasikan peranan memimpin,” jelasnya. – Agenda/Mynewshub.cc/HAA

Tags: DAPpakatan harapanPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO mendesak parti itu membuat keputusan keluar dari kerajaan sekarang demi maruah Melayu dan parti. Setiausahanya,...

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

Sejak DAP Ada Kuasa, Sedikit Demi Sedikit Mereka Cuba Ubah – Afnan Hamimi

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden menyifatkan DAP kebelakangan ini semakin biadap dengan menyanggah titah raja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd