• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peladang Perlu Ambil Peluang Transformasi Ekonomi

oleh AK-47
07/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Masyarakat peladang perlu melengkapkan diri dan mengambil peluang hasil daripada lonjakan transformasi ekonomi bagi memastikan mereka tidak terus ketinggalan dalam arus pemodenan negara masa ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata kerajaan telah menubuhkan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) bagi merangsang ekonomi negara dan hasrat kerajaan untuk menyaksikan peladang dan masyarakat tani mendapat manfaat daripadanya akan terencat sekiranya mereka enggan untuk berubah daripada amalan pemikiran lama dan penggunaan kaedah konvensional.

“Kita kena berani berubah kalau tidak mahu ketinggalan”, katanya pada perjumpaan bersama pemimpin-pemimpin peladang, Lembaga Pertubuhan Peladang di sini hari ini.

Pada Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan DFTZ yang akan menjadi hab baharu ekonomi digital, dengan lebih ramai rakyat Malaysia di bandar dan luar bandar memperoleh manfaatnya.

Menurut perdana menteri, DFTZ dilancarkan dengan pelbagai insentif bagi membantu pengusaha kecil mengembangkan pasaran produk mereka terutama ke pasaran China termasuk memajukan Perusahaan Kecil dan Sederhana bagi mendapat perniagaan secara dalam talian ke seluruh dunia.

Tajuddin turut meminta pemimpin kalangan masyarakat peladang untuk membantu meningkatkan pendapatan masyarakat tani dengan menggalakkan mereka berusaha untuk berdikari dan membuka perniagaan sendiri.

Beliau berkata peladang dan petani perlu lebih bijak untuk mengeksploitasi peluang yang diwujudkan oleh kerajaan dan bukan mengambil jalan singkat untuk mendapat keuntungan yang sedikit, contohnya bertindak memajak tanah masing-masing kepada pihak lain.

“Kita nampak sekarang orang kampung pajak tanah kepadat orang luar. Orang luar datang dan tanam pokok durian dan jual pada harga mahal. Akhirnya, kita yang rugi dan mereka untung. Jadi kita kena fikir jauh dan cuba ubah pemikiran,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan kesungguhan pelbagai pihak dalam merealisasikan sistem sekolah satu aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd