• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tokan Dadah Tunggu Pelanggan Ditahan

oleh AK-47
07/09/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Seorang lelaki dipercayai tokan dadah ditahan polis dalam serbuan di kawasan letak kereta di Flat Blok L4, Jalan Tenggiri di Seberang Jaya di sini, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata hasil risikan dan intipan sejak beberapa minggu lepas, polis menahan lelaki berusia 20 tahun itu dalam keretanya kira-kira 6 pagi di kawasan berkenaan.

“Semasa ditahan lelaki yang tidak bekerja dan dipercayai tokan dadah yang aktif di sekitar Pulau Pinang itu sedang menunggu pelanggannya untuk menghantar bahan terlarang berkenaan.

“Hasil pemeriksaan dalam kereta jenis Honda Accord itu polis menemui 17 paket lutsinar berisi ketulan dan serbuk disyaki heroin seberat 121.6 gram bernilai RM2,980,” katanya di sini hari ini.

Katanya siasatan awal mendapati lelaki yang berasal dari Bandar Baharu, Kedah itu terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di sekitar negeri ini sejak awal tahun ini dan tugasnya hanya menghantar bekalan bahan terlarang tersebut.

Nik Ros Azhan berkata lelaki itu menerima upah ribuan ringgat setiap kali menghantar bekalan dadah kepada pelanggan sindiket pengedaran bahan terlarang berkenaan.

Katanya siasatan awal mendapati suspek memilih waktu awal pagi untuk menghantar dadah kepada pelanggan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan sindiket pengedaran dadah berkenaan.

“Lelaki itu kini direman bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – BERNAMA

Tags: dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd