• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Akui Anwar Hanya Jadi PM Ke-8, Bukan Ke-7

oleh
06/09/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Selepas beberapa kali asyik berdolak-dalik, Tun Dr. Mahathir Mohamad akhirnya mengakui musuh ketatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya menjadi perdana menteri kelapan.

Perkara tersebut diluahkan ketika diwawancara eksklusif oleh Ketua Pengarang The Malaysian Insight, Jahabar Sadiq yang disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook rasmi portal berita propembangkang itu hari ini.

Menerusi temuramah Insight Talk berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, Mahathir mengakui Anwar tidak mungkin perdana menteri ketujuh sebagai mana dihasratkan oleh kepimpinan partinya, PKR selama ini.

“Ini bukan isu peribadi, ini pilihan rakyat. Antara sebab kami (PH) tidak menamakan beliau untuk menjadi perdana menteri ketujuh tetapi hanya kelapan kerana Anwar kena tunggu selepas ‘habis’ yang ketujuh itu,” dalih Mahathir.

Jawapan Pengerusi PH itu nyata berbeza dengan sokongan terbuka Mahathir sebelum ini menyatakan Ketua Umum PH tersebut bakal dilantik sebagai perdana menteri ketujuh jika blok pembangkang berkenaan ‘menawan’ Putrajaya.

Umum mengetahui ketika Kongres Nasional Tahunan PKR Ke-12 di Shah Alam, Selangor pada 21 Mei, perwakilan parti itu sebulat suara mengangkat plakad seragam yang bertulis ‘Anwar PM Ke-7’ semasa akhir program tersebut.

Bagaimanapun, Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak berbuat demikian waima beliau turut menerima plakad berkenaan untuk diangkat bersama-sama kepimpinan PKR di atas pentas.

Dalam sesi bual bicara dengan tajuk ‘Selamatkan Malaysia: Sahabat Atau Musuh’ itu, Mahathir sebaliknya pula menegaskan, jika tiada perdana menteri ketujuh, Anwar tidak mungkin akan menjadi penyandang yang kelapan.

Jawapan sinis beliau itu seolah-olah menggambarkan cita-cita tinggi Anwar untuk dilantik sebagai perdana menteri kelapan bakal menerima masalah sekiranya perdana menteri ketujuh tiba-tiba enggan ‘lepas’ jawatan dipegang.

‘Otai’ DAP, Lim Kit Siang yang turut menjadi tetamu dalam wawancara itu bahkan sependapat dengan Mahathir apabila mengakui Anwar hanya dilantik sebagai perdana menteri kelapan setelah yang ketujuh ‘memberi’ laluan.

“DAP konsisten dengan pendirian untuk akur segala ketetapan PH dalam isu perdana menteri iaitu beliau (Anwar) bakal menjadi perdana menteri kelapan selepas ketujuh berakhir sejajar keputusan pembangkang,” katanya lagi.

Berikut ialah kenyataan penuh mereka berdua dalam sesi temuramah itu serta penegasan mengenai nasib Anwar sebagai perdana menteri baharu dapat disaksikan pada minit ke-20 dan ke atas. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Anwar Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd