• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Muda Perlis Terima Zakat RM1 Juta Daripada MIDF

oleh AK-47
06/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini berkenan menerima pemberian zakat bernilai RM1 juta daripada Malaysian Industrial Development Finance (MIDF) Berhad.

Cek zakat tersebut dipersembahkan oleh Pengarah Urusan Kumpulan MIDF, Datuk Najib Abdullah kepada baginda selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Dewan Rumah Kanak-Kanak Arau di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Sumber Manusia Negeri, Datuk Khairi Hassan; Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri, Dr Hazman Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Dalam titah ucapan baginda, Raja Muda memaklumkan wang zakat yang diberikan oleh MIDF hari ini akan digunakan untuk kos pembinaan Bangunan Wakaf MAIPs-Perkhidmatan Hemodialisis Hospital Tuanku Fauziah (HTF) bernilai RM6 juta.

Menurut Raja Muda pembinaan bangunan berkenaan di kawasan HTF Kangar adalah dengan kerjasama MAIPs dan HTF, untuk memberi rawatan hemodialisis terbaik terutama kepada pesakit buah pinggang yang tidak berkemampuan dan amat memerlukan.

Titah baginda, inisiatif itu dibuat memandangkan kapisiti di Perlis sekarang hanya mempunyai 30 set mesin dialisis ditempatkan di HTF sementara 35 unit lagi pemilikan di peringkat persendirian dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Raja Muda bertitah melalui pembinaan bangunan wakaf hemodialisis itu nanti, pihak MAIPs berharap dapat menambah 40 unit lagi mesin dialisis sekiranya semua berjalan seperti yang dirancang dengan matlamat akan mula beroperasi Jun 2019.

Baginda menambah, pihak MAIPs juga turut mengadakan kerjasama dengan Persatuan Institusi-Institusi Perbankan Islam Malaysia (IBIM) untuk mempelbagaikan kaedah penyaluran sumbangan wakaf bagi pembinaan bangunan berkenaan.

Titah baginda, IBIM disertai oleh enam buah institusi kewangan Islam di negara ini bersedia memberi kemudahan kepada orang ramai memberi sumbangan wakaf untuk menampung dana pembinaan bangunan tersebut. – BERNAMA

Tags: Raja Muda PerlisZakat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

21/11/2025
0

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendedahkan 60 peratus penerima zakat di negeri itu sebenarnya terdiri...

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

19/10/2025
0

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan reman seorang bekas kakitangan badan berkanun kerana disyaki terbabit rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd