• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cubaan Edar Dadah Tumpas Di Pintu Masuk Langkawi

oleh Ahmad Albab
06/09/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Rancangan seorang lelaki untuk meraih puluhan ribu ringgit dengan menjual dadah di Langkawi terkandas apabila dia ditahan di pintu masuk ke pulau ini pada Isnin malam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, ACP Dr Che Ghazali Che Awang hari ini berkata lelaki berumur 36 tahun itu ditahan di Terminal Penumpang Jeti Kuah kira-kira pukul 9 malam dan bahan disyaki dadah jenis heroin seberat 946 gram ditemui di dalam beg silang yang dibawanya.

“Bahan itu disimpan di dalam dua paket plastik lutsinar yang dibungkus pula dengan kertas surat khabar di dalam beg itu,” katanya kepada pemberita di sini.

Selain itu satu sampul surat berisi paket plastik lutsinar mengandungi bahan disyaki dadah jenis Syabu seberat 51 gram turut ditemui di dalam beg itu dan suspek juga didapati positif mengambil dadah selepas ujian awal dibuat ke atasnya.

Che Ghazali berkata maklumat awal yang diperoleh mendapati nilai jualan dadah itu dianggarkan kira-kira RM37,500 dan mahu diedarkan sekitar kawasan Kuah dan Kedawang di sini.

“Suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – BERNAMA

Tags: Edar Dadahpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd