• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jamal Pecah Meja Bantah Judi Berleluasa Di Selangor

oleh
06/09/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PROTES… Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos mengejutkan pihak media apabila memecahkan meja dengan penukul di tempat berlangsungnya sidang akhbar beliau.

Menurutnya, tindakan itu sebagai tanda protes terhadap pertumbuhan pesat pusat perjudian di Se­langor yang terus berleluasa dan juga sebagai simbolik ‘perang’ untuk menghapuskan premis haram tersebut di seluruh negeri itu.

Jamal turut menyuarakan kebimbangan mengenai lambakan pusat perjudian di Selangor masih bebas beroperasi ekoran Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan kerajaan negeri gagal menangani gejala tersebut.

“Sebanyak 6,800 buah pusat perjudian dikenal pasti beroperasi di seluruh Selangor dan jumlah itu meningkat kepada 7,200 buah lagi pada cuti panjang sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Raya Aidiladha minggu lalu.

“Daripada jumlah itu, seba­nyak 700 pusat perjudian beroperasi di Ampang sahaja hasil lesen pusat hiburan keluarga yang diluluskan langsung oleh kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) daerah,” kata Jamal.

Beliau menegaskan demikian dalam sidang akhbar di pejabat Gabungan NGO-NGO Malaysia, Ampang dekat ibu negara semalam. Turut hadir ialah Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Armand Azha Abu Hanifah.

Tahun lalu, Jamal bersama beberapa NGO lain pernah ‘turun padang’ menyerbu pusat perjudian di sekitar Ampang sambil disaksikan oleh wakil media sehingga dia ditahan selama lima hari bagi membantu siasatan pihak polis.

Beliau mendakwa, punca uta­ma PBT mengeluarkan lesen kepada pengusaha pusat perjudian adalah kerana terdapat desakan daripada ahli majlis setempat dilantik oleh kerajaan negeri dan mempunyai agenda kepentingan tertentu.

“Cukup-cukuplah Azmin, gunakan kuasa yang diamanahkan itu untuk menarik balik atau membatalkan lesen-lesen sedia ada kerana ia hanya merosakkan masyarakat dengan aktiviti tidak bermoral,” katanya.

Tambahnya, Selangor merupakan ‘ibu’ kepada segala perjudian dan mencabar Mohamed Azmin ambil tindakan dalam masa dua minggu ini, dan jika gagal, pihaknya tidak akan teragak-teragak untuk membuat tindakan drastik.

“Jika pihak majlis tidak ambil tindakan, dalam waktu dua minggu lagi jangan salahkan NGO bertindak di luar daripada lunas undang-undang,” kata Jamal sambil menambah bahawa isu sosial itu dilihat semakin parah.

“Kami percayakan undang-undang, namun jika undang-undang pejam mata, maka kami yang celik, yang melihat dan mendengar ini punya tanggungjawab dan kewajipan kami selaku pemimpin-pemimpin NGO dalam Selangor.”

Jamal turut menambah, satu mesyuarat khusus bersama semua NGO di Selangor yang bernaung di bawah persatuannya akan diadakan dalam masa terdekat untuk merangka strategi bagi membanteras gejala ini.

“Jika pusat judi di Selangor dapat ditumpaskan pasti negeri-negeri lain akan mengikut langkah menutup semua pusat perjudian,” ujarnya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Jamal Md Yunos
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ADUN DAP Saran Penternakan Babi Dibenarkan Di Selangor, Jamal Tegur ‘Jangan Bersikap Seperti Babi’

ADUN DAP Saran Penternakan Babi Dibenarkan Di Selangor, Jamal Tegur ‘Jangan Bersikap Seperti Babi’

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Selangor, Jamal Md Yunos mengkritik kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri...

Jamal Minta Maaf Fitnah Bee Yin

02/03/2021
0

KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos memohon maaf kepada bekas Menteri Tenaga, Sains, Teknologi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd