• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Tidak Lemah Walaupun Tidak Bersama PH

oleh Ahmad Albab
07/09/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS tidak akan lemah kerana krisis parti atau kerana tidak lagi bersama parti pembangkang lain yang membentuk Pakatan Harapan (PH), kata Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.

Beliau berkata walaupun PAS ada jatuh bangunnya, anggota parti itu tetap setia dengan parti dan jentera akar umbinya juga tetap kuat.

“Seperti sekarang, apabila PAS berpecah dan Parti Amanah Negara (PAN) ditubuhkan, adakah PAS lemah? Saya tidak nampak begitu,” kata Salleh menerusi catatan terbaru di laman blognya sskeruak.blogspot.my, hari ini.

Baru-baru ini, wujud usaha daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengadakan rundingan tidak rasmi dengan PAS.

Ini bagi mengelakkan pertembungan sesama pembangkang pada pilihan raya umum ke-14 sehingga menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan sekutu PH, terutamanya PAN.

Tindakan Mohamed Azmin, yang dilakukan atas saranan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, itu bercanggah dengan keputusan Majlis Presiden PH mengekalkan pendirian tidak akan bekerjasama dengan PAS.

Begitu juga pendirian PAS, melalui pimpinan tertingginya yang menolak sebarang kerjasama dengan mana-mana parti dalam pakatan pembangkang itu.

Salleh, yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, berkata melihat kepada rekod PAS, perjuangan PAS akan terus kekal walaupun berlaku perpecahan dalam parti dan pemimpinnya silih berganti.

Katanya ini kerana wujud pemahaman dalam kalangan anggotanya dan rakyat yang menyokong PAS bahawa ia bukan hanya sebagai parti politik tetapi juga sebagai perjuangan menegakkan agama.

Menurut Salleh, kajian Institut Darul Ehsan (IDE), sebuah badan penyelidikan kerajaan negeri Selangor, bahawa PAN hanya mendapat satu peratus sokongan daripada rakyat.

Manakala Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki pula menyatakan bahawa sokongan terhadap PAN menurun kepada 0.5 peratus.

Beliau berkata sebabnya ini berlaku adalah kerana rakyat bosan dengan sikap PAN yang tidak konsisten.

“Jika begitulah senarionya, bagaimana PAS setelah ini? Apakah PAS akan berkubur setelah tidak lagi bersama PH?

“Melihat kembali kepada kata-kata Clive Kessler (melalui buku politik dan masyarakat Kelantan bertajuk Islam and Politics in a Malay State: Kelantan, 1838-1969), PAS adalah parti ‘akal’.

“Ia akan terus kekal biarpun pemimpinnya bertukar ganti. Seperti kata Kessler lagi, yang tewas ialah ‘nafsu.’ Saya semacam tertarik dengan kata-kata ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: pakatan harapanPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Laungan 'Tolak UMNO' 'Pengkhianat' dan 'Reformasi' bergema dalam Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Johor hari ini. Situasi hampir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd