• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cendekiawan Perlu Kenal Pasti Kaedah Kewangan Islam

oleh AK-47
06/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kalangan cendekiawan dan penyelidik perlu mengenal pasti kaedah untuk mengantarabangsakan kewangan Islam serta meningkatkan transaksi perkhidmatannya secara rentas sempadan.

Ketika membuat gesaan itu, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Muhammad Ibrahim berkata ini juga bagi memastikan struktur produk kewangan Islam dapat menepati keperluan ekonomi.

“Kebanyakan industri kewangan Islam global masih bertumpu kepada aspek domestik. Sebahagian besar daripadanya juga masih terlibat dalam kredit pengguna dan produk perbankan yang mudah.

“Kita perlu melangkaui nilai-nilai itu jika mahu kewangan Islam itu dapat dikembangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Minum Petang Alumni Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa bagi Kewangan Islam di sini, hari ini.

Muhammad turut menegaskan kepentingan untuk memiliki pandangan global lebih meluas serta memikirkan isu-isu di sekeliling ummah dan tidak sekadar berkaitan aspek Syariah dan kewangan Islam semata-mata.

“Kita melihat banyak sektor tradisional yang sesuai dengan perubahan dan terpinggir oleh kehadiran teknologi dan model perniagaan baharu. Oleh itu, kewangan Islam tidak harus tersisih daripada perkembangan pesat ini,” katanya.

Beliau juga mengingatkan golongan cendekiawan dan penyelidik mengenai kepentingan usaha pengumpulan maklumat selain terbabit dalam penyelidikan yang membolehkan mereka menimba ilmu disiplin lain agar lebih inovatif serta membangunkan penyelesaian praktikal dan cekap kos.

Komuniti kewangan Islam juga, kata Muhammad, perlu inovatif dan berdaya saing untuk memenuhi keperluan pengguna kewangan Islam dan memastikan produk serta perkhidmatan yang ditawarkan itu kekal relevan serta seiring dengan isu yang dihadapi masyarakat.

“Ada di antara isu paling kritikal dihadapi ekonomi serta masyarakat global termasuk perumahan mampu milik, tahap kualiti kehidupan serta saluran lebih baik bagi kesihatan dan pendidikan yang baik.

“Harapan saya adalah penyelidikan dan pembangunan kewangan Islam yang diterapkan itu bersifat saling mengukuh sebagai lingkaran yang baik. Ini membolehkan penyelidikan secara meluas itu dapat diterjemahkan kepada penyelesaian hebat dan dimanfaatkan bagi melonjakkan kewangan Islam ke tahap kecemerlangan baharu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Muhammad Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BNM Keluar Rangka Kerja Tangani Insurans Naik

18/08/2017
0

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan rangka kerja secepat mungkin untuk mengurangkan peningkatan insurans perubatan, yang kini berada pada 12...

BNM, CGC Bangun Platform Pinjaman Usahawan

04/08/2017
0

KOTA KINABALU - Bank Negara Malaysia (BNM) sedang bekerjasama dengan Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) untuk membangunkan satu platform...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd