• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Ditahan Sedang Lerai Motosikal Curi

oleh AK-47
05/09/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Polis berjaya membongkar kegiatan geng curi motosikal selepas menyerbu sebuah rumah kosong yang dijadikan tempat menyimpan serta meleraikan kenderaan itu di Jalan Bukit Merah, Permatang Pauh di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, sepasukan polis menyerbu rumah berkenaan kira-kira 12 tengah hari dan ketika itu terdapat seorang lelaki berusia 36 tahun sedang meleraikan komponen sebuah motosikal.

“Lelaki dipercayai anggota geng curi motosikal itu cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis namun gagal kerana kami terlebih dahulu mengepung kawasan rumah kosong yang dijadikan sarang kumpulan berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati motosikal yang sedang dileraikan lelaki itu dilaporkan hilang di Seberang Jaya baru-baru ini dan polis turut menemui pelbagai komponen motosikal di situ.

“Antara komponen motosikal yang dirampas di rumah itu ialah mudguard hadapan, cover, tempat duduk dan kami turut menemui sebuah motosikal jenis Honda Wave yang menggunakan nombor pendaftaraan palsu dipercayai dicuri sebelum disembunyikan di situ untuk dijual kepada pembeli,” katanya.

Nik Ros Azhan berkata berdasarkan siasatan lelaki yang tidak bekerja itu dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal bersama seorang lagi rakannya berusia lingkungan 20-an dan mereka menjadikan rumah itu sebagai stor menyimpan kenderaan yang dicuri.

Katanya dua lelaki itu terlibat dalam kegiatan jenayah itu sejak awal tahun ini dan selepas motosikal dicuri kenderaan terbabit akan ditempatkan di rumah berkenaan sebelum dijual dengan harga murah atau komponennya dileraikan sebelum turut dijual.

Beliau berkata mereka dipercayai terlibat sekurang-kurangnya 20 kes curi motosikal di sekitar daerah SPT dan polis kini sedang mengesan seorang lagi lelaki untuk membantu siasatan.

“Polis turut merampas dadah heroin seberat 2.22 gram bersama lelaki yang ditahan dalam rumah itu dan dia kini direman lima hari bagi membantu siasatan,”katanya. – BERNAMA

Tags: curiditahan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Empat Lelaki Mengaku Bersalah Curi Tabung Masjid Di Shah Alam, Tiga Dipenjara Enam Bulan

Empat Lelaki Mengaku Bersalah Curi Tabung Masjid Di Shah Alam, Tiga Dipenjara Enam Bulan

03/03/2026
0

SHAH ALAM – Empat lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd