• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NPO Diminta Manfaatkan Pengecualian Cukai

oleh AK-47
05/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA — Yayasan bukan berasaskan keuntungan (NPO) yang menikmati pengecualian cukai wajar memastikan manfaat yang disampaikan kepada orang awam setimpal dengan kehilangan punca pendapatan negara itu, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim.

Beliau berkata menjadi kebiasaan untuk mana-mana organisasi, institusi atau tabung yang ditubuhkan di Malaysia bagi tujuan amal atau khairat dan bukan bertujuan mencari keuntungan memohon dipertimbangkan pengecualian cukai pendapatan dibawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53].

Katanya sebanyak 15.1 peratus atau 59 buah yayasan telah diberikan status pengecualian cukai pendapatan dibawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53].

“Kemudahan ini membolehkan bukan sahaja yayasan diberi pengecualian cukai pendapatan malah penderma juga boleh menuntut pengecualian cukai,”katanya ketika berucap merasmikan Forum NPO 2017: Pengecualian Cukai Pendapatan dan Jenayah Penyalahgunaan NPO di sini hari ini.

Tegasnya apa yang lebih penting adalah pelaksanaan program dan aktiviti yayasan yang tidak tersasar daripada objektif penubuhan yayasan sebagaimana dinyatakan melalui Surat Ikatan Amanah.

“Ketidakpatuhan kepada perkara ini merupakan salah satu punca utama status pengecualian cukai pendapatan yayasan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 ditarik semula atau dibatalkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri,” katanya.

Menurutnya, sehingga 31 Ogos tahun ini, sebanyak 393 buah yayasan telah diperbadankan di bawah Akta Pemerbadanan Pemegang Amanah 1952 [Akta 258] dan jumlah tersebut kian meningkat dari setahun ke setahun.

Razali berkata jumlah dana yang terkumpul hasil sumbangan rakyat dan organisasi menerusi medium yayasan adalah sangat memberangsangkan dan melebihi bilion ringgit saban tahun.

“Mengambil kira aspek ancaman yang sentiasa mengintai ruang dan peluang, Malaysia sebagaimana lain-lain negara di dunia tidak terlepas daripada berhadapan dengan ancaman aktiviti pengubahan wang haram.

“Justeru, kerajaan telah mengorak langkah menguatkuasakan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001[Akta 613] sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan yayasan-yayasan yang berdaftar di Malaysia tidak dijadikan sebagai medium untuk aktiviti-aktiviti pengubahan wang secara haram serta membiayai keganasan,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Bandingkan Madani Mart Dengan Kedai Rakyat 1Malaysia, Dakwa ‘Copy Paste’ Idea Najib Razak

Netizen Bandingkan Madani Mart Dengan Kedai Rakyat 1Malaysia, Dakwa ‘Copy Paste’ Idea Najib Razak

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Madani Mart yang diumumkan kerajaan mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen apabila ada yang membandingkannya dengan konsep...

Suami Isteri Antara 3 Terkorban, Van Dirempuh Treler Sebelum Hanyut Ke Laluan Bertentangan

Suami Isteri Antara 3 Terkorban, Van Dirempuh Treler Sebelum Hanyut Ke Laluan Bertentangan

03/04/2026
0

SEGAMAT – Tragedi menyayat hati berlaku apabila sepasang suami isteri antara tiga individu yang maut dalam kemalangan ngeri membabitkan tiga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd