• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beri Peluang Mara Diteraju Tanpa Pengaruh Imej Lama

oleh Ahmad Albab
05/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Awang Adek Hussin berazam memacu organisasi penting kaum Bumiputera itu ke satu tahap global yang lebih tinggi dengan imej baharu, telus, cekap serta berintegriti.

Beliau turut menzahirkan tekad untuk memimpin Mara melaksanakan fungsinya dengan lebih cekap menerusi pemerkasaan tiga sektor utamanya iaitu keusahawanan, pendidikan dan pelaburan bagi memperkasa rakyat, khususnya kaum Melayu dan Bumiputera di luar bandar.

“Berilah peluang Pengerusi baharu terajui Mara tanpa dipengaruhi persepsi lepas. Saya beriltizam untuk fokus kepada pemerkasaan tiga sektor utama organisasi iaitu keusahawanan, pendidikan dan pelaburan selaras aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50) dengan penuh kredibiliti,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan bersama pengurusan MARA, di sini hari ini.

Awang Adek dilantik sebagai Pengerusi Mara berkuat kuasa 1 September bagi menggantikan Tan Sri Annuar Musa yang tamat kontrak pada 11 Ogos lalu.

Bekas Timbalan Menteri Kewangan itu berkata Mara akan diperkasa secara bersepadu dan menyeluruh dengan mempertingkatkan kerjasama dengan pemain industri utama di dalam dan luar negara khususnya dalam bidang pembiayaan perniagaan, pendidikan dan latihan pembangunan usahawan.

Awang Adek berkata beliau juga akan memastikan Mara fokus kepada usaha-usaha melahirkan modal insan berkemahiran yang menepati pasaran kerja serta mampu mencipta peluang pekerjaan .

“Selain itu, kita berusaha menambah nilai kepada program-program pendidikan menengah dan institusi pendidikan tinggi Mara seperti International Baccalaureate, Cambridge, Safran (syarikat aeroangkasa dari Perancis) dan sebagainya di mana kita bercadang mengeksport modul-modul dan sistem pendidikan Mara ke luar negara,” katanya.

Awang Adek, yang pernah menjadi Duta Malaysia ke Amerika Syarikat selama dua tahun dari 2014, berkata antara fokus lain yang akan menjadi keutamaannya ialah berkaitan tadbir urus korporat Mara.

Katanya pemerkasaan rangka kerja dan amalan tadbir urus korporat Mara termasuk anak-anak syarikat yang bernaung di bawah Mara Corporation akan menjadi antara pencetus perubahan baharu organisasi itu.

“Syarikat di bawah Mara bukan untuk membuat keuntungan semata-mata atau jadi pesaing syarikat bumiputera, agendanya lebih global iaitu merangkumi pembangunan modal insan yang meningkatkan pemilikan serta penguasaan ekuiti bumiputera dengan melahirkan lebih ramai usahawan.

“Komitmen Mara untuk pastikan tadbir urus berkenaan pada tahap tertinggi juga terbukti apabila diwujudkan Unit Integriti dan Unit Audit Jabatan Audit Negara di dalam organisasi ini sendiri bagi memperkukuh tahap integriti warganya,” kata Awang Adek. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Awang Adek HussinMARA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mara Ambil Putri Qisya Sebagai Anak Angkat

Mara Ambil Putri Qisya Sebagai Anak Angkat

08/07/2025
0

ALOR SETAR - Hasrat ibu yang ingin melihat anak sulungnya menjejakkan kaki ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bakal direalisasikan...

Senarai Hitam Peminjam MARA Yang Gagal Bayar Hanya Sementara

Senarai Hitam Peminjam MARA Yang Gagal Bayar Hanya Sementara

13/11/2024
0

Kuala Lumpur: Tindakan senarai hitam yang terpaksa diambil Majlis Amanah Rakyat (Mara) terhadap peminjam yang gagal membuat bayaran pinjaman di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd