• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skuad Olahraga Para ASEAN Sasar 40 Pingat Emas

oleh AK-47
05/09/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Skuad olahraga paralimpik menyasarkan 40 pingat emas daripada 133 acara yang dipertandingkan pada Sukan Para ASEAN ke-9 yang membuka tirainya bermula 17 hingga 23 September ini.

Pengurus pasukan, Mohd Zarrawi Ravi Abdullah berkata kem olahraga yang terdiri daripada 72 atlet sudah bersedia untuk membantu menyahut sasaran 103 pingat emas yang ditetapkan bagi kontinjen negara.

Katanya beliau mahu mengatasi pencapaian di Singapura yang mengumpul 27 pingat emas keseluruhannya, dua tahun lepas.

“Kali ini kita tampilkan 24 atlet muda yang pertama kali wakili negara. Mereka berada pada tahap terbaik dan persiapan untuk atlet muda kita sudah buat sejak dua tahun lalu.

“Saya harap dengan adanya atlet yang sudah berpengalaman dan atlet baru ia dapat menyumbang kepada pungutan pingat yang ditetapkan,” katanya pada sidang media Kita Juara Para ASEAN, di sini hari ini.

Ketua jurulatih, R. Jaganathan berkata skuad olahraga sering diberikan tekanan meraih pingat emas namun beliau percaya tekanan tersebut akan memberi semangat kepada atlet-atlet paralimpik untuk mencapai sasaran.

“Temasya kali ini banyak acara digabungkan jadi kita banyak kehilangan pingat emas namun kita sudah mencari atlet untuk menampung balik pungutan pingat tersebut.

“Memang dari segi cabaran saya lihat banyak datang dari skuad Thailand… negara lain saya tidak pasti kerana mereka jarang hantar wakil ke kejohanan luar negara,” katanya.

Katanya skuad Thailand dilihat mempamerkan peningkatan prestasi yang lebih baik berbanding pasukan negara lain.

Jaganathan berkata beliau lebih mementingkan pingat emas berbanding perbaiki rekod bagi atlet senior namun mahu atlet muda mencipta rekod baharu.

Beliau turut meletakkan sasaran tiga pingat emas untuk atlet paralimpik kebangsaan, Mohamad Ridzuan Puzi dalam acara 100m T36 (celebral palsy), 200m dan 400m. – BERNAMA

Tags: Mohd Zarrawi Ravi AbdullahPara ASEANPengurus Pasukan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Rasuah: Pengurus Pasukan Bola Sepak Direman

07/01/2018
0

SEREMBAN - Seorang pengurus pasukan bola sepak sebuah pasukan tempatan di Negeri Sembilan direman lima hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Tiket Pembukaan Para ASEAN Percuma Mulai Hari Ini

11/09/2017
0

KUALA LUMPUR - Peminat sukan tanah air boleh menyaksikan acara gilang gemilang pembukaan Sukan Para ASEAN Kesembilan di Stadium Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd