Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Rumah Putih Minta Pentagon...

WASHINGTON - Rumah Putih menuntut tentera Amerika Syarikat (AS) menderaf pelan untuk menyerang...

N.Sembilan Umum Calon Pemilihan...

SEREMBAN – Pengerusi PKR Negeri Sembilan Aminuddin Harun akan membuat pengumuman Ahad ini...

Anak Pendakwah Ahmed Deedat...

JOHANNESBURG - Seorang aktivis warga Afrika Selatan yang juga anak kepada pendakwah antarabangsa...

Video: Lelaki Mengamuk Dituduh...

PUSAT tumpuan jualan barangan elektronik terkenal, Plaza Low Yat telah digemparkan dengan satu...

Tiket Pembukaan Para ASEAN Percuma Mulai Hari Ini

KUALA LUMPUR – Peminat sukan tanah air boleh menyaksikan acara gilang gemilang pembukaan Sukan Para ASEAN Kesembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil, percuma, pada 17 Sept.

Penonton bagaimanapun perlu mendapatkan pas masuk ke upacara pembukaan itu sebagai langkah keselamatan untuk mengawal kemasukan dan agihan tempat duduk di dalam stadium, menurut Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) dalam kenyataan media hari ini.

Katanya setiap individu layak mendapatkan maksimum 10 pas masuk dan orang ramai boleh mendapatkannya secara dalam talian www.kualalumpur2017.com.my atau di kaunter tiket di Stadium Nasional.

Kaedah dalam talian bermula hari ini (11 Sept) hingga 12 tengah hari ,16 Sept dan pas masuk itu perlu dimuat turun serta dicetak untuk dibawa bersama ke stadium.

Bagi pengambilan sendiri di Stadium Nasional, tiket boleh didapatkan pada 16 Sept dari pukul 2 hingga 6 petang dan pada 17 Sept mulai 12 tengah hari hingga 6 petang.


Sukan Para ASEAN Kesembilan menawarkan 368 butir pingat emas daripada 16 acara sukan yang dipertandingkan, bermula dari 17 Sept hingga 23 Sept. – BERNAMA

Kategori