• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pusat Pemindahan Banjir Di Bandar Baharu Ditutup

oleh Ahmad Albab
05/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULIM – Pusat pemindahan banjir di Bandar Baharu ditutup sepenuhnya tengah hari ini setelah kesemua 66 mangsa daripada 17 keluarga dari Kampung Sungai Tepus dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kulim/Bandar Baharu, Leftenan (PA) Mohd Fadhil Fahmi Zaini berkata pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil Ulu ditutup secara rasminya pada 1 tengah hari berikutan keadaan sudah kembali pulih sepenuhnya.

“Mereka sudah pulang ke rumah masing-masing selepas mendapat kebenaran daripada Pegawai Daerah Bandar Baharu, Mohd Fauzi Mustaffa.

“Dalam masa yang sama, kita bersama pihak agensi berkaitan akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa meskipun keadaan cuaca semakin baik sejak pagi tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu Mohd Fadhil berkata seramai 30 anggota APM bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Daerah Bandar Baharu dan pelbagai agensi lain membantu membersihkan rumah mangsa yang terjejas dengan banjir kilat itu.

Hujan lebat sejak lewat petang kelmarin menyebabkan air mulai naik sekitar 7 malam hingga menyebabkan banjir kilat dan telah menjejaskan 100 penduduk membabitkan 32 rumah di kampung itu. – BERNAMA

Tags: Kedahpusat pemindahan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menolak DAP tidak bermakna menolak kaum Cina kerana politik dan kaum merupakan dua perkara berbeza. Exco Pengajian...

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd