• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Wajib Pupuk Perpaduan Pelajar Pelbagai Kaum

oleh Ahmad Albab
05/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANJONG MALIM – Para guru mempunyai pengaruh kuat untuk memupuk semangat muhibah dalam kalangan pelajar berlatarbelakangkan pelbagai agama, kaum dan budaya yang seterusnya akan memastikan kekuatan serta kestabilan negara, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Baginda bertitah maka itu guru-guru wajib terus memberi keutamaan memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar pelbagai kaum walaupun negara telah mencapai kemerdekaan berpuluh tahun lamanya.

“Gagasan kepada pendidikan yang cemerlang, didukung oleh orang yang penuh berbakat, gigih lagi tekun bekerja,” titah baginda ketika melancarkan buku ‘Yahya Ibrahim; Ikon Pendidikan Negara’ di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini hari ini.

Buku setebal 153 muka surat mengenai Tan Sri Yahaya Ibrahim atau lebih dikenal sebagai Cikgu Yahaya dihasilkan oleh tiga warga UPSI iaitu A. Halim Ali, Raja Ahmad Shalaby dan Ahmad Janatul Firdaus.

Sultan Perak bertitah guru terbilang dan berdediksasi berupaya menyalakan bara semangat belajar dalam kalangan pelajar selain sanggup bekerja sepanjang masa demi memastikan anak didik mencapai kejayaan lebih gemilang daripada mereka sendiri.

Baginda menarik perhatian dengan bertitah guru yang namanya menjadi sebutan di hujung setiap lidah pelajar adalah mereka yang berjaya memenangi hati pelajar.

Sultan Perak turut bertitah falsafah yang dipegang dan peranan yang pernah dilaksanakan oleh guru lulusan Kirkby College pada era pra dan pascamerdeka hendaklah diteruskan oleh warga pendidik di setiap bilik darjah dan di setiap sekolah di negara ini.

“Bonda beta Tuanku Permaisuri Bainun adalah seorang lulusan Kirkby College. Baginda mengamalkan sikap sangat terbuka, menerima dan menghormati teman sekerja, rakan kenalan, jiran tetangga serta ibu bapa dan murid yang berlatar belakang pelbagai agama dan pelbagai kaum.

“Baginda menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak didik untuk mengenali dunia lebih luas yang membantu beta dan adinda-adinda tanpa berprasangka negatif, berupaya menjalin perhubungan persahabatan yang lebih lebar, merentasi sempadan agama, kaum, budaya, politik dan negara,” titah Sultan Nazrin.

Sambil menzahirkan penghargaan atas pelancaran buku itu, Sultan Nazrin berharap agar usaha berkenaan menjadi pendorong kepada UPSI mengusahakan siri penerbitan tokoh-tokoh pendidikan dan keguruan sama ada tempatan atau antarabangsa.

Dilahirkan di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 18 Feb 1929, Yahaya yang merupakan lepasan Kirkby College menceburi bidang pendidikan selama 30 tahun mulai 1954 dan walaupun telah bersara beliau terus aktif sehingga hari ini melibatkan diri dalam dunia pendidikan swasta serta pendidikan peringkat universiti. – BERNAMA

Tags: GuruSultan Nazrin Shah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

09/04/2026
0

KAJANG – Seorang guru sekolah swasta maut dalam keadaan tragis selepas digilis sebuah treler dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd