• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guna ‘Ramuan Sendiri’ Lawan Hong Kong – Vingada

oleh AK-47
06/09/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Ketua Jurulatih Malaysia, Nelo Vingada akan menggunakan “ramuannya sendiri” untuk menemui sentuhan penyudah yang menghantui skuad Harimau Malaya untuk sekian lama menjelang aksi pusingan kelayakan Piala Asia 2019 menentang Hong Kong esok.

Sebagai permulaan, para pemain perlu faham bahawa meledakan gol melalui penyudah yang baik adalah tugas seluruh pasukan yang perlu bermain dengan baik dan menunjukkan persefahaman sebagai satu pasukan dan oleh itu, melakukan penyudahan bukan tugas penyerang semata-mata.

“Pemain-pemain telah beraksi dengan cukup baik dalam tiga perlawanan dan menunjukkan peningkatan tetapi apa yang tiada ialah penyudahan dalam pasukan.

“Saya percaya semua pemain termasuk penyerang adalah penjaring gol terbaik seperti Safiq Rahim (pemain tengah) adalah penjaring gol yang berbisa untuk kelabnya dan negara, jadi semua pemain harus memberi tumpuan sepenuhnya dari mula hingga akhir,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Ketua Jurulatih Malaysia, Nelo Vingada.

Aksi esok di Stadium Hang Jebat, Krubong ialah perlawanan keempat Harimau Malaya di bawah pimpinan Vingada. Yang pertama ialah perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 menentang Lubnan yang berkesudahan Harimau Malaya tewas 1-2; sementara dua lagi perlawanan ialah aksi persahabatan yang menyaksikan Harimau Malaya tumpas 1-2 kepada Syria dan Myanmar 0-1.

Vingada berkata kira-kira 99 peratus daripada pasukan di Malaysia menghadapi masalah penyudah dan beliau bimbang masa depan skuad negara jika tiada usaha dilakukan untuk mengatasi masalah itu seperti memperkenalkan program pembangunan pemain.

“Sebenarnya, Malaysia mempunyai pemain-pemain yang handal dan kami mengalu-alukan mereka mewakili negara tetapi untuk menyediakan mereka dengan memiliki ciri-ciri penyudah yang tajam, mereka perlu diberi lebih banyak peluang untuk beraksi bagi meningkatkan kemahiran dan keupayaan,” kata beliau.

Sementara itu, ketua jurulatih Hong Kong, Kim Pan-Gon berkata beliau bimbang terhadap strategi melakukan serangan balas yang agresif dan kawalan ketat oleh barisan pertahanan seperti yang telah dipamerkan oleh pasukan Malaysia.

“Kami sedang cuba untuk mentransformasi pemain untuk menjadi pasukan pasukan lebih pro aktif dan mengasak, kami akan banyak melakukan serangan dan cuba menguasai perlawanan, kami perlu merancang dengan teliti untuk membolos pertahanan ketat Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan kesungguhan pelbagai pihak dalam merealisasikan sistem sekolah satu aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd