SAAT situasi banjir dilihat semakin kritikal, ramai rakyat Malaysia bersatu hati menghulurkan pelbagai jenis sumbangan dan bantuan bagi mengurangkan penderitaan dan kesukaran dialami kesemua mangsa banjir.
Pertubuhan sukarelawan 1Malaysia For Youth atau lebih dikenali IM4U misalnya, telah memberi keringanan kepada situasi getir sekarang dengan mengaturkan sistem pengurusan mangsa banjir yang lebih teratur dan kemas.
Mangsa-mangsa banjir di penempatan Sek Men Keb Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan dalam gambar bawah, diberi dan dibinakan pasukan IM4U khemah persis langkah yang dilakukan negara Jepun buat rakyatnya yang terjejas akibat bencana alam.
Ramai berpendapat langkah ini dapat memberikan keselesaan kepada mangsa, sekaligus mengurangkan sedikit sebanyak penderitaan yang dialami.
Diharapkan, pemberian khemah dapat diimplementasi kepada semua mangsa banjir terutama di kawasan melibatkan jumlah yang ramai.
Pada masa sama, bantuan dan sumbangan daripada rakyat Malaysia yang lain sudah pasti amat diperlukan bagi memastikan langkah ini dapat diperluaskan.- MYNEWSHUB.CC
VIDEO SITUASI BANJIR
https://www.youtube.com/watch?v=q1CdcMd4HGo




