• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Sumbang 12 Ekor Lembu Korban Untuk UMNO Pekan

oleh Ahmad Albab
02/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN- Sebanyak 12 ekor lembu sumbangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikorbankan di kediaman beliau di Seri Kenangan, di sini hari ini.

Setiausaha UMNO Bahagian Pekan Datuk Ahmad Azmey Abu Talib berkata ia merupakan sebahagian kecil daripada 458 lembu yang disumbangkan oleh Perdana Menteri untuk dikorbankan di seluruh Parlimen Pekan termasuk menerusi surau, masjid, badan badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan kawasan itu.

“Tahun ini sambutan Aidiladha lebih meriah kerana kita (UMNO Bahagian Pekan) mendapat 12 ekor lembu disumbangkan Perdana Menteri, tahun lepas hanya lapan ekor sahaja.

“Bukan itu sahaja, malah masjid dan surau sekitar Pekan juga dapat penambahan bilangan lembu korban,” katanya kepada pemberita selepas majlis ibadah korban anjuran UMNO Pekan di sini.

Turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan Datuk Abu Bakar Harun dan Naib Ketua UMNO Bahagian Datuk Khairuddin Mahmud.

Katanya penambahan bilangan lembu korban itu bagi memastikan lebih ramai penduduk sekitar parlimen Pekan menerima sumbangan daging korban tahun ini.

Kira-kira 200 orang termasuk pemimpin sayap UMNO Pekan dan penduduk setempat hadir berganding bahu bergotong-royong melapah, memotong dan mengagihkan daging korban.

Selain UMNO Pekan, sebanyak 60 masjid, 166 surau, 33 agensi kerajaan dan NGO di Pekan turut menerima sumbangan Perdana Menteri untuk melaksanakan ibadah korban yang bermula semalam. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakLembu Korban
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Perjelas Sejarah LRT3: Najib Mulakan, Guan Eng Potong, Anwar Sambung

Sultan Selangor Perjelas Sejarah LRT3: Najib Mulakan, Guan Eng Potong, Anwar Sambung

01/07/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi penghargaan (credit) kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun...

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Media berbahasa Cina melaporkan ruangan komen di media sosial hari ini dipenuhi ucapan penghargaan kepada bekas Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd