• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Exco Johor Mahu Kementerian Saman Portal Singapura

oleh AK-47
04/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kementerian Kesihatan diminta menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah portal berita Singapura yang melaporkan artikel tidak berasas mengenai kematian seorang rakyat negara itu di sini, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata pihaknya kesal dengan penyiaran berita terbabit yang tanpa fakta benar kerana ia memberi tekanan terhadap motivasi warga kerja Jabatan Kesihatan di negeri ini.

“Saya kesal dengan penyiaran berita seperti ini. Sehubungan itu, saya menyeru semua pihak agar menghormati profesyen sektor kesihatan terutama di Johor dengan tidak memberi gambaran negatif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau merujuk artikel The Independent semalam yang menyebut ambulans Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini lewat memberikan respon sehingga 30 minit terhadap laporan kemalangan membabitkan seorang rakyat Singapura pada 25 Ogos lepas.

Artikel itu mendakwa kelewatan itu menjejaskan usaha untuk membawa mangsa berusia 25 tahun itu mendapatkan rawatan di hospital pada kadar segera.

Selain itu, artikel berkenaan mendakwa pihak HSA menuntut sejumlah wang deposit daripada keluarga mangsa sebelum membenarkan sebarang rawatan dijalankan.

Ayub berkata pada dasarnya, petugas Jabatan Kecemasan di semua hospital kerajaan tidak memohon pembayaran lebih awal sebelum apa-apa rawatan dijalankan untuk kes-kes kritikal termasuk yang melibatkan warga asing.

“Saya menafikan kes ini disebabkan kelewatan ambulans atau masalah pembayaran. Pihak hospital akan sedaya upaya melakukan yang terbaik untuk semua pesakit yang mendapatkan rawatan,” katanya. – BERNAMA

Tags: HSAJohorKementerian Kesihatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diminta tidak panik dengan laporan berita di peringkat global mengenai penularan hantavirus yang boleh membawa...

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menilai semula cadangan pelarasan dan pemotongan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd