• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hampir 50,000 Rohingya Tinggalkan Myanmar

oleh AK-47
03/09/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

YANGON – Lebih 27,000 umat Islam Rohingya meninggalkan Myanmar sejak beberapa minggu lalu, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sementara mayat mereka yang mati lemas terus ditemui di sungai sempadan Bangladesh hari ini.

Dalam kenyataan dikeluarkan lewat semalam, PBB berkata lebih 20,000 lagi mula membanjiri sempadan Bangladesh tetapi dihalang daripada masuk negara jiran itu.

Mereka dilaporkan meninggalkan kampung-kampung yang terbakar dan daripada operasi tentera Myanmar.

Khabar angin mengatakan pembunuhan beramai-ramai dan membakar kampung secara sistematik oleh pasukan keselamatan dan juga oleh militan meningkatkan lagi ketegangan, menimbulkan kebimbangan keganasan kaum di luar kawalan tercetus.

Terdesak untuk mencari perteduhan di Bangladesh, beribu-ribu umat Islam Rohingya mengambil perahu sementara, dengan beberapa yang dibina dari tembikar, dalam usaha menyeberangi Sungai Naf yang memisahkan kedua-dua negara.

Enam belas mayat ditemui di tepi sungai Bangladesh hari ini, kata seorang pegawai sempadan, yang menganggarkan angka mencecah 39 orang setakat ini.

“Mereka terapung di sungai untuk seketika,” kata Mainuddin Khan, ketua polis di bandar sempadan Teknaf, sambil menambah kematian termasuk seorang gadis muda.

Kejadian terakhir krisis 5 tahun yang dahsyat dan berdarah bermula pada Jumaat lalu apabila anggota militan Rohingya menyerbu pos polis, membunuh 11 pegawai dan membakar kampung.

Pasukan keselamatan Myanmar melancarkan operasi “membalas” untuk menyerang pemberontak ketika penduduk kampung Rohingya menggunakan tongkat dan pisau dan menyertai tindakan itu.

Beribu-ribu masyarakat Buddha, Hindu dan kumpulan etnik tempatan yang lain juga dipindahkan – sasaran yang jelas dari militan yang bertindak di bawah panji ARSA.

Seorang wartawan AFP dalam perjalanan yang diketuai oleh kerajaan ke Maungdaw minggu ini menyaksikan asap dari beberapa kampung yang terbakar, manakala penduduk awam yang terkejut berteduh di sekolah-sekolah di bandar utama.

Tekanan antarabangsa semakin meningkat ke atas Myanmar dan pemimpin de facto Aung San Suu Kyi, yang merupakan pemenang Hadiah Keamanan Nobel.

Semalam, Amerika Syarikat mendesak tentera Myanmar untuk melindungi orang awam, sementara Yanghee Lee, pelapor khas PBB mengenai hak asasi manusia di Myanmar melahirkan kebimbangan bahawa “pelanggaran yang serius” boleh berlaku.

“Kitaran keganasan yang semakin teruk adalah kebimbangan serius dan mesti diatasi dengan segera,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bantuan kepada rakyat tidak seharusnya dilihat dari sudut kaum semata-mata,...

PM Anwar Seru Golongan Majoriti Selamatkan Malaysia – “Minoriti Yang Bising, Marah, Berhimpun, Tanam Kebencian, Fitnah”

PM Anwar Seru Golongan Majoriti Selamatkan Malaysia – “Minoriti Yang Bising, Marah, Berhimpun, Tanam Kebencian, Fitnah”

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menggesa golongan majoriti rakyat negara ini bangkit menyelamatkan Malaysia daripada kelompok kecil yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd