• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tanggal 31 Ogos 1957, Tarikh Keramat Penuh Makna

oleh
03/09/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

UMUM mengetahui tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh bersejarah penuh keramat buat semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Tarikh keramat ini adalah tanda pembebasan bagi sebuah negara yang sudah sekian lama terpenjara dalam jajahan British.

Pelbagai onak dan duri yang dilalui oleh rakyat dan pemimpin sepanjang menuntut sebuah negara yang aman dan makmur seperti hari ini.

Tapi pernahkah terfikir mengapa tarikh 31 Ogos yang dipilih sebagai pengisytiharan merdeka?

Kenapa bukan 30 Ogos? 1 September? Atau mungkin lain tarikh? Dan siapa pula yang telah memilih tarikh tersebut?

Tarikh 31 Ogos telah diputuskan dalam satu mesyuarat yang dihadiri oleh Ketua Pemuda UMNO dan timbalannya, Haji Ahmad Badawi iaitu bapa kepada Perdana Menteri kelima Malaysia, Tun Abdullah Badawi.

Hadir sama dalam mesyuarat tersebut Mufti Pulau Pinang pada ketika itu, Syeikh Abdullah Fahim yang juga pakar ilmu bintang iaitu datuk kepada Tun Abdullah sendiri.

Proses penentuan tarikh yang ideal itu susulan perdana menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman berpendapat beliau perlu mendapatkan pandangan daripada seseorang yang pakar dalam ilmu falak.

Ekoran itu, beliau telah meminta pandangan daripada Syeikh Fahim bagi proses pemilihan tarikh keramat tersebut.

Menurut Syeikh Fahim, tanggal 31 Ogos merupakan tarikh yang begitu baik. Hal ini kerana mengikut pada pengiraannya, tarikh tersebut semua planet akan berada dalam kedudukan sebaris.

Tambahnya lagi, sekiranya tarikh tersebut tidak dipilih maka tarikh yang elok selepas itu adalah lima tahun akan datang iaitu 31 Ogos 1962.

Sebelum Tunku Abdul Rahman menyusulkan perkara ini kepada pihak British, Syeikh Fahim menasihati sekiranya tarikh tersebut ditolak, beliau melarang sekerasnya pemuda parti UMNO daripada melakukan sebarang bentuk kekauan mahupun rampasan kuasa daripada British.

Hal ini adalah kerana bagi mengelakkan perkara lebih buruk terjadi. Tapi ternyata, pihak British dilihat telah bersetuju dengan usul tersebut.

Pada akhir 20 Februari 1956, tanggal 31 Ogos 1957 telah dipersetujui bersama sebagai tarikh pengisytiharan kemerdekaan bagi Malaysia.

Kisah pemilihan tarikh keramat ini telah disebutkan dalam buku Anak Apak yang dihasilkan oleh seorang wartawan, Subky Abdul Latif. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Tags: bulan kemerdekaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

COVID-19 Tak Halang Sambutan Bulan Kemerdekaan

27/07/2020
0

KUALA LUMPUR - Ancaman pandemik COVID-19 yang masih berterusan bakal menyaksikan Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang pada...

Raptai Penuh Hari Kebangsaan 2019 Lancar

29/08/2019
0

PUTRAJAYA - Raptai penuh perbarisan dan perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2019 melibatkan 17,353 peserta berjalan lancar di Dataran Putrajaya hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd