• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mengapa Tweet Ini Mendapat Lebih 20K RT?

oleh
31/08/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAHANA kekalahan pasukan bola sepak Malaysia dalam aksi final Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 baru-baru ini masih hangat mendapat perhatian ramai netizen.

Ia terus diperkatakan meskipun Malaysia muncul sebagai juara keseluruhan temasya dwitahunan serantau terbesar Asia Tenggara itu dengan merangkul sebanyak 145 pingat emas.

Malahan kegagalan skuad Harimau Muda merebut ‘ibu segala pingat’ itu amat terkesan khususnya dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan.

Semua sudah sedia tahu apa yang berlaku pada hari perlawanan, di mana Malaysia tumpas 0-1 pada Thailand akibat kegagalan penjaga gol yang menumbuk bola ke dalam gawangnya sendiri.

Kegagalan itu dilihat tidak dapat diterima oleh semua peminat. Bagaimanapun, masih juga terdapat pihak yang melihat episod kekalahan itu daripada sudut yang berbeza.

Antaranya terdapat seorang netizen dikenali sebagai amirhams mencadangkan kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin agar bajet untuk pembangunan pasukan bola sepak kebangsaan dikurangkan.

Menerusi kicauan yang dimuat naik netizen itu menerusi akaun Twitternya dia menulis :

“Salam @Khairykj so bola dah kalah ni. Apa kata kurangkan sikit kos pembangunan bola and naikkan hoki dan ragbi yang dah top 50 dunia. Ok?.” 

Dia kemudian mencadangkan agar menteri itu yan mesra disapa sebagai KJ dapat menaikkan peruntukan untuk pembangunan sukan hoki dan ragbi yang dilihat lebih menyerlah dalam Sukan SEA kali ini.

Menurutnya lagi, dua sukan ini sebenarnya adalah antara permainan yang begitu popular di arena antarbangsa sendiri sehingga telah dipertandingkan ke peringkat temasya Olimpik dan Komanwel.

Dalam pada itu, secara kebetulan pula pasukan Malaysia sendiri adalah jaguh bagi dua sukan ini di peringkat serantau dengan merangkul pingat emas ketika Sukan SEA 2017 baru-baru ini.

Pandangan jujur si netizen ini mendapat perhatian ramai pengguna media sosial lain.

Ada yang menyokong, ada yang menentang dan terdapat juga pihak meminta agar peruntukan bagi sukan polo dinaikkan ekoran pasukan tuan rumah mencipta kejayaan dengan meraih pingat emas.

Bagaimana pula dengan pandangan anda?

Apa pula kata Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor? Mana tahu mungkin baginda juga punyai pandangan yang tersendiri… – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Tags: Harimau MalayaSukan SEA KL2017TMJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Dakwaan Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi bahawa UMNO Johor kononnya dikawal oleh Istana Johor boleh...

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

22/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR, 22 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd