KUALA LUMPUR – Bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, telefon pintar Perancis, Wiko, mengadakan promosi hebat bermula hari ini hingga 30 Sept depan.
Wiko Mobile Malaysia menawarkan promosi itu hanya kepada rakyat Malaysia dan pemastautin di negara ini yang membeli telefon pintar itu di kedai-kedai Wiko.
“Pembeli berkenaan berpeluang mengambil bahagian dalam cabutan bertuah yang dianjurkan Wiko Mobile Malaysia,” kata syarikat itu dalam kenyataan di sini, hari ini.
Untuk menyertai cabutan bertuah itu, pembeli hanya perlu mengambil gambar resit dan melengkapkan slogan kurang daripada 20 perkataan di http://my-en.wikomobile.com dan berpeluang memenangi enam telefon pintar Wiko.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai promosi itu, orang ramai boleh melayari laman web http://my.en.wikomobile.com atau Facebook di http://www.facebook.com/WikoMalaysia. -BERNAMA

