• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hari Kebangsaan: PM Singapura Ucap Tahniah Kepada Najib

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengutus surat mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia, esok.

“Singapura amat menghargai persahabatan dan kerjasama kami dengan Malaysia. Kita berkongsi sejarah yang panjang dengan hubungan rakyat sesama rakyat yang kukuh serta ekonomi yang berkait rapat,” tulisnya dalam surat yang salinannya turut dihantar kepada Bernama, di sini.

“Hari ini, kita saling menjadi rakan dagang dan pelaburan utama masing-masing.

“Projek seperti Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura dan Sistem Transit Rapid Johor Bahru-Singapura akan merapatkan lagi rakyat kita,” katanya.
Lee berkata Malaysia telah mencatat pertumbuhan dan kejayaan yang luar biasa dalam tempoh 60 tahun lalu.

“Malaysia mempunyai ekonomi yang kukuh dan cergas serta memainkan peranan aktif dan berpengaruh di rantau kita dan masyarakat antarabangsa. Sebagai jiran dekat Malaysia, Singapura turut menikmai faedah daripada kestabilan dan kemakmuran Malaysia,” katanya.

Lee berkata Singapura dan Malaysia juga bekerjasama rapat dalam forum pelbagai peringkat seperti ASEAN dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Dalam persekitaran global yang semakin tidak dapat dijangka ini, kedua-dua negara kita perlu bekerja lebih rapat bagi menangani ancaman dan cabaran bersama termasuk radikalisme dan keganasan,” kata Lee.

Beliau yakin kedua-dua kerajaan akan terus memperkukuh kerjasama dua hala dan bekerja ke arah matlamat bersama iaitu ASEAN yang stabil, bersatu dan saling berhubung.

“Bagi pihak kerajaan Singapura, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah sempena sambutan istimewa Hari Kemerdekaan ke-60 Malaysia. (Isteri saya) Ho Ching dan saya berdoa semoga anda dan (Datin Seri) Rosmah (Mansor) terus menikmati kesihatan yang baik dan memperoleh kejayaan.

“Kami juga menunggu kedatangan anda ke Singapura bagi menghadiri Permukiman Pemimpin Singapura-Malaysia hujung tahun ini,” kata Lee. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

20/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa kerajaan meluluskan rebat cukai khas RM1,000...

Bukit Panchor Pernah Dikenal Pasti Kawasan Berisiko Jenayah – Fadhlina Sidek

Bukit Panchor Pernah Dikenal Pasti Kawasan Berisiko Jenayah – Fadhlina Sidek

20/10/2026
0

NIBONG TEBAL - Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, Bukit Panchor pernah dikenal pasti sebagai kawasan berisiko...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd