• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pandai-Pandai Aje – Mana Ada Teluk Intan Tenggelam!

oleh AK-47
28/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN (Bernama) — Orang ramai diingatkan agar tidak terpedaya dengan sebarang khabar angin kononnya bandar Teluk Intan akan tenggelam, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata sehingga kini masih tiada tanda-tanda kawasan di sekitar Teluk Intan akan berlaku banjir besar.

“Seperti yang kita lihat keadaan di sini ternyata tidak benar sama sekali. Apa yang kita lihat air surut dan mengalir ke bawah (muara) dan belum ada tanda-tanda akan berlaku banjir.
    
“Ini kerana terdapat cakap-cakap atau tulisan di media sosial yang kata Teluk Intan akan tenggelam, banjir besar….ini tidak benar sama sekali,” katanya kepada pemberita selepas mengiringi Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa meninjau keadaaan Sungai Perak di Jeti Kuala Terengganu di sini, hari ini.

Sementara itu, Zambry meminta semua penduduk yang tinggal di tepi dan pinggir sungai di negeri ini supaya mematuhi arahan pihak berkuasa agar segera berpindah sekiranya diarah berbuat demikian.

“Sama juga kita minta kepada penduduk yang terlibat seperti di Kuala Kangsar, Perak Tengah dan di Hulu Perak, ambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mengikut arahan jika dikehendaki keluar dari kawasan itu,” katanya.

Beliau berkata ia bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Di Perak jumlah mangsa banjir adalah sebanyak 6,119 orang dengan daerah Kuala Kangsar merekod jumlah 2,579 mangsa di 50 pusat pemindahan setakat petang tadi.– BERNAMA    
Sultan Perak Berangkat Ke Pusat Pemindahan Mangsa Banjir

Tags: Banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd