• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Transformasi Jualan Tiket Bola Sepak Perlu Dilakukan

oleh Ahmad Albab
30/08/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Kelemahan sistem penjualan tiket perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) pada Isnin hingga menimbulkan kekecohan di Stadium Shah Alam, Selangor perlu dijadikan iktibar buat pihak yang berkaitan termasuk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa berkata FAM sebagai badan induk utama sukan bola sepak negara perlu melakukan transformasi terhadap sistem penjualan tiket bagi memastikan kejadian sama tidak berulang terutama ketika perlawanan besar berlangsung.

“FAM perlu lakukan transformasi, bukan menjadikan sistem penjualan tiket perlawanan bola di takuk lama. Sepatutnya penjualan tiket perlu dilakukan secara online. Bila penyokong beli tiket online mereka boleh tebus tiket di kaunter tiket. Ini tak akan mengambil masa yang lama.

“Berbanding sekarang, penyokong dan peminat bola sepak terpaksa beratur panjang dan tunggu lama malah ada yang datang dari jauh, terpaksa berkhemah untuk datang awal ke stadium semata-mata untuk beli tiket.

“Kalau dapat tiket betul tak apa. Tapi saya dengar ada yang tak bernasib baik dapat tiket palsu. Ini berlaku sebab cara penjualan tiket yang sudah ketinggalan zaman,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Annuar mengulas mengenai kekecohan yang berlaku di Stadium Shah Alam kelmarin ekoran tiket yang diperuntukkan habis dijual dalam masa yang singkat.

Sebelum itu puluhan ribu penyokong tempatan sanggup beratur sepanjang lima kilometer pada dinihari semata-mata ingin membeli tiket bagi menyaksikan perlawanan akhir itu yang berlangsung semalam.

Bagaimanapun, kekecohan berlaku apabila ada segelintir penyokong yang merempuh dan memanjat kaunter tiket apabila penjualan tiket dihentikan 1 tengah hari.

FAM, bagaimana pun menerusi laman Facebook rasminya menafikan pihaknya bertanggungjawab di atas kepincangan sistem penjualan tiket berkenaan kerana telah menyerahkan tanggungjawab itu kepada Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Ketika ditanya cadangan agar dihapuskan pemberian tiket percuma kerana ia dikatakan antara punca kekecohan itu berlaku, Annuar berkata beliau tidak bersetuju dengan perkara tersebut kerana pihak yang mendapatkan tiket itu pun membayar harga tiket.

“Mereka bukan dapat percuma. Mereka ini adalah daripada kalangan penaja, pihak-pihak yang banyak menyumbang dan terlibat dalam sukan bola sepak. Tidak adil dihentikan kerana untuk dapat tiket ini mereka membayar dengan harga yang sama, bukan dapat percuma,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Annuar Musa.Tiket Bola Sepak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Eksport Ayam Masih Tidak Dibenarkan

Eksport Ayam Masih Tidak Dibenarkan

08/08/2022
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk tidak lagi membenarkan sebarang eskport ayam buat masa ini bagi menjamin bekalannya dalam negara betul-betul...

Tutup Peluang Kartel Buat Keuntungan Melampau

Tutup Peluang Kartel Buat Keuntungan Melampau

30/06/2022
0

PUTRAJAYA: Sistem pengeluaran bekalan makanan di setiap peringkat perlu dibuat kawalan bagi mengelak wujudnya kartel atau orang tengah yang cuba...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd