• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Thailand Nafi Bantu Yingluck Larikan Diri

oleh AK-47
30/08/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayut Chan-o-cha menolak dakwaan pihak tertentu bahawa beliau mengatur pakatan bagi memudahkan bekas perdana menteri Yingluck Shinawatra melarikan diri dari negara ini.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan pembabitan pegawai kerajaan tertentu membantu Yingluck berbuat demikian dan berjanji akan mengambil tindakan sewajarnya.

“Mustahil Majlis Kebangsaan bagi Keamanan dan Ketenteraman (NCPO) (membantu Yingluck melarikan diri dari negara ini), melainkan terdapat beberapa ‘orang tidak baik’ (pegawai) yang mengetepikan tanggungjawab mereka demi mendapatkan habuan, tetapi kami akan menyiasatnya,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet di sini, hari ini.

Beliau juga memberi amaran bahawa hukuman akan dikenakan terhadap mereka yang didapati membantu Yingluck melarikan diri dari Thailand.

Kerajaan Thailand dikritik termasuk oleh bekas pemimpin pergerakan ‘Baju Kuning’ kerana gagal menghalang Yingluck daripada melarikan diri walaupun mengenakan pengawasan ketat terhadap adik perempuan bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra, yang kini hidup dalam buangan.

Yingluck, perdana menteri wanita pertama negara ini, didakwa melarikan diri dua hari sebelum beliau dijadual menghadiri prosiding mahkamah pada Jumaat lepas berhubung pertuduhan cuai dalam pelaksanaan skim subsidi padi semasa pentadbirannya.

Beliau menafikan tuduhan itu.

Prayut berkata kerajaan telah melancarkan siasatan bagi mengumpul maklumat terperinci tentang perbuatan Yingluck melarikan diri dari negara ini termasuk laluan yang mungkin digunakannya untuk berbuat demikian.

Menurutnya Thailand telah menghubungi bebarapa negara di rantau ini termasuk Kemboja dan Singapura serta Emiriah Arab Bersatu untuk mendapatkan maklumat tentang Yingluck.

Beliau merayu semua pihak supaya bersabar kerana kerajaan masih mengumpul maklumat di sebalik tindakan Yingluck dan menasihati rakyat Thailand supaya tidak sewenang-wenangnya menuduh negara tertentu bersubahat dengan wanita itu kerana ia boleh menjejaskan hubungan diplomatik Thailand.

Yingluck didakwa meloloskan diri dari negara ini melalui pekan sempadan Thailand, Koh Chang, yang terletak berhampiran sempadan Kemboja dan mengambil penerbangan ke Singapura sebelum meneruskan perjalanan ke Dubai, di mana abangnya memiliki sebuah rumah. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar Lontar Laungan Keramat: “Lawan Tetap Lawan! Membujur Lalu Melintang Patah!”

Anwar Lontar Laungan Keramat: “Lawan Tetap Lawan! Membujur Lalu Melintang Patah!”

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali melontarkan laungan keramat beliau, “Lawan Tetap Lawan!,...

Saya Selalu Dituduh Dengan Kata-Kata Hina ‘Raja Formula’, ‘Merajuk’, ‘Nyet Nyet Nyet’ – Rafizi

Saya Selalu Dituduh Dengan Kata-Kata Hina ‘Raja Formula’, ‘Merajuk’, ‘Nyet Nyet Nyet’ – Rafizi

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Rafizi Ramli mengakui beliau sering menjadi sasaran pelbagai sindiran dan gelaran seperti 'raja formula', 'merajuk'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd