• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Prolintas Kibar Jalur Gemilang Di Lebuh Raya

oleh AK-47
30/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kumpulan syarikat PROLINTAS mengambil inisiatif mengibarkan Jalur Gemilang di semua lebuh raya di bawah kendaliannya sempena sambutan bulan kemerdekaan negara.

Ketua Pegawai Eksekutif PROLINTAS Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata lebuh raya berkenaan ialah Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Kajang Silk (SILK).

Jalur Gemilang dipasang sebagai menyahut seruan kerajaan supaya mempamerkan semangat cintakan negara selain memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat tanpa mengira kaum dan agama, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata Jalur Gemilang dipasang di tiang lampu sepanjang lebuh raya, plaza tol, bangunan pentadbiran dan kawasan rehat dan rawat (R&R) dan ia adalah aktiviti tahunan PROLINTAS pada setiap bulan kemerdekaan.

Sementara itu, aktiviti menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan turut dilaksanakan Indah Water Konsortium (IWK) dengan menganjurkan perhimpunan 800 kakitangan di ibu pejabat dan 21 pejabat unit di seluruh negara.

Pada perhimpunan itu, kakitangan melafazkan ikrar dan mengibarkan Jalur Gemilang, kata Pengerusi IWK Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Beliau berkata selaras dengan usaha ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, warga IWK juga akan terus bersatu dalam kepelbagaian untuk memberikan perkhidmatan pembentungan berkualiti. – BERNAMA

Tags: Datuk Mohammad Azlan AbdullahKibar Jalur GemilangProlintas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Pesawat: Laluan Keluar Masuk Persimpangan Elmina Ditutup Sementara – PROLINTAS

Nahas Pesawat: Laluan Keluar Masuk Persimpangan Elmina Ditutup Sementara – PROLINTAS

17/08/2023
0

KUALA LUMPUR : Laluan keluar dan masuk ke Persimpangan Elmina dari kedua-dua arah Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) ditutup sementara berikutan...

Kibar Jalur Gemilang Setiap Masa Bukti Cinta Negara

22/08/2017
0

KENINGAU - Rakyat seharusnya mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang masa sebagai menterjemah kesetiaan dan kecintaan kepada negara, kata Pegawai Penerangan Daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd