Thursday, July 18, 2024

Creating liberating content

Ibu Harap Anak Hilang...

SEGAMAT - Ibu kepada Mohd Fais Syafiq Hassan, 21, yang hilang dalam kejadian...

Baddrol Idam Lebih Banyak...

PETALING JAYA – Kejayaan memenangi tiga trofi pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan...

Ada Kisah Lucu Di...

SEMUA maklum tugas sebagai menteri memang agak sibuk dengan jadual aktiviti padat terutama...

Inisiatif KKM Hadapi Bilangan...

PUTRAJAYA - Inisiatif membangunkan peralatan alat bantuan pernafasan dan perkongsian alat bantuan pernafasan...

Prolintas Kibar Jalur Gemilang Di Lebuh Raya

KUALA LUMPUR – Kumpulan syarikat PROLINTAS mengambil inisiatif mengibarkan Jalur Gemilang di semua lebuh raya di bawah kendaliannya sempena sambutan bulan kemerdekaan negara.

Ketua Pegawai Eksekutif PROLINTAS Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata lebuh raya berkenaan ialah Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Kajang Silk (SILK).

Jalur Gemilang dipasang sebagai menyahut seruan kerajaan supaya mempamerkan semangat cintakan negara selain memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat tanpa mengira kaum dan agama, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata Jalur Gemilang dipasang di tiang lampu sepanjang lebuh raya, plaza tol, bangunan pentadbiran dan kawasan rehat dan rawat (R&R) dan ia adalah aktiviti tahunan PROLINTAS pada setiap bulan kemerdekaan.

Sementara itu, aktiviti menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan turut dilaksanakan Indah Water Konsortium (IWK) dengan menganjurkan perhimpunan 800 kakitangan di ibu pejabat dan 21 pejabat unit di seluruh negara.


Pada perhimpunan itu, kakitangan melafazkan ikrar dan mengibarkan Jalur Gemilang, kata Pengerusi IWK Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Beliau berkata selaras dengan usaha ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, warga IWK juga akan terus bersatu dalam kepelbagaian untuk memberikan perkhidmatan pembentungan berkualiti. – BERNAMA

Kategori