• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penguat Kuasa Imigresen, 3 Lelaki Nepal Cedera Gaduh

oleh AK-47
30/08/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang penguat kuasa Jabatan Imigresen dan tiga lelaki warga Nepal, cedera selepas terlibat dalam satu pergaduhan di sebuah rumah sewa di Jalan Rumbia, Bukit Jambul di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi itu, penguat kuasa Imigresen berusia 23 tahun dan tiga lelaki Nepal berumur 20 hingga 35 tahun itu ditemui berlumuran darah dalam bangunan kedai yang dijadikan rumah sewa warga asing terbabit.

“Polis menerima laporan daripada lelaki yang bekerja sebagai penguat kuasa Imigresen itu memaklumkan semasa di rumah kedai berkenaan dia terserempak dengan seorang warga asing yang mencurigakan dan kemudian telah buat semakan ke atas lelaki tersebut sebelum mengikut balik ke rumah di kawasan tersebut kerana (lelaki Nepal terbabit) mendakwa I-Kad ditinggalkan di rumah.

“Hasil semakan itu mendapati warga asing itu mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan apabila penguat kuasa Imigresen berkenaan ingin keluar dari kawasan rumah tersebut, tiba-tiba lelaki terbabit menumbuk beliau di bahagian pipi sebelum dua lagi rakannya datang serta memukul mangsa,” katanya.

Beliau berkata penguat kuasa Imigresen itu terus melarikan diri sambil menjerit meminta tolong sebelum empat lelaki yang kebetulan berada di situ terdengar dan bertindak mengejar warga Nepal berkenaan sehingga ke kawasan rumah mereka.

Anuar berkata apabila penguat kuasa Imigresen itu pergi semula ke rumah warga Nepal berkenaan dia menemui tiga lelaki warga asing itu terbaring di atas lantai dalam keadaan berlumuran darah dipercayai dipukul empat orang awam tersebut.

“Tiga lelaki Nepal itu dibawa ke Hospital Pulau Pinang kerana mengalami kecederaan parah di kepala dan badan manakala penguat kuasa Imigresen berkenaan turut mendapatkan rawatan di hospital sama selepas lebam di bahagian muka dan pipi,” katanya.

Katanya siasatan awal mendapati penguat kuasa Imigresen itu bertugas di Unit Kawalan Darat Bangunan Sultan Iskandar, Johor dan sedang bercuti di Pulau Pinang kerana merupakan orang Bayan Lepas dekat sini.

Beliau berkata pihaknya telah pergi ke lokasi kejadian pergaduhan itu dan mendapati tiada kamera litar tertutup di kawasan itu sambil meminta orang ramai yang melihat insiden itu agar tampil bagi membantu siasatan.

“Polis akan menahan tiga lelaki Nepal yang bekerja di kilang di Bayan Lepas dan penguat kuasa Imigresen itu untuk siasatan lanjut,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bantuan kepada rakyat tidak seharusnya dilihat dari sudut kaum semata-mata,...

PM Anwar Seru Golongan Majoriti Selamatkan Malaysia – “Minoriti Yang Bising, Marah, Berhimpun, Tanam Kebencian, Fitnah”

PM Anwar Seru Golongan Majoriti Selamatkan Malaysia – “Minoriti Yang Bising, Marah, Berhimpun, Tanam Kebencian, Fitnah”

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menggesa golongan majoriti rakyat negara ini bangkit menyelamatkan Malaysia daripada kelompok kecil yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd