• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB Yakin Tiada Tsunami Politik Melayu Di Felda

oleh Ahmad Albab
29/08/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yakin tidak akan berlaku tsunami politik dalam kalangan Melayu khususnya daripada golongan masyarakat Felda.

Kawasan Felda di negeri ini masih merupakan kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN) sekali gus akan membantu memenangi Pilihan Raya Umum ke-14.

“Insya-Allah (Felda masih kubu kuat UMNO)…mana ada tsunami Melayu. Yang dikatakan tsunami Melayu itu hanya dakwaan dan tujuan DAP untuk mengekalkan tsunami Cina,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hak milik tanah Felda Ulu Penggeli, Kampung Seri Cahaya dan Kampung Ilham bawah Parlimen Sembrong, di Felda Ulu Penggeli, di sini hari ini.

Seramai 607 peneroka menerima hak milik tanah membabitkan 264 peneroka dari Felda Ulu Penggeli, Kampung Sri Cahaya (133) dan Kampung Ilham (210).

Hadir sama Anggota Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kahang R. Vidyananthan dan ADUN Paloh Teoh Yap Kun.

Mohamed Khaled yang juga Pengerusi BN Johor berkata masyarakat Felda bijak menilai usaha dilakukan kerajaan dan mendokong aspirasi negara.

“Mereka tahu hala tuju dan matlamat kerajaan. Mereka tahu pembangkang tidak mempunyai sebarang pelan untuk rakyat kecuali pembangkang hanya mahu memenangi kerusi sahaja,” katanya.

Sementara itu, Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO berkata masyarakat khususnya peneroka Felda tidak boleh terikut-ikut dengan pembangkang yang bertujuan memutar belitkan isu menjelang pilihan raya.

Beliau yakin usaha pembangkang untuk melakukan tsunami Melayu tidak berjaya kerana masyarakat Felda mengetahui kerajaan BN ketika ini banyak membela nasib mereka.

“Peneroka tahu siapa yang membela mereka dan sekarang ini kerajaan memberi insentif kepada peneroka. Sebab itu saya lihat usaha melakukan tsunami kepada kaum Melayu pula, saya rasa tidak jalan,” katanya.

Sementara itu, ketika berucap dalam majlis itu Mohamed Khaled berkata masih terdapat baki 4,000 peneroka Felda di negeri ini yang masih belum menerima hak milik tanah dan ia dijangka selesai pertengahan tahun depan.

Beliau berkata soal pemberian hak milik tanah sama ada mahu dibina rumah atau dijadikan kebun itu merupakan fokus kerajaan negeri bagi kesejahteraan peneroka yang mengusahakan tanah rancangan sejak berpuluh tahun.

“Apa yang diluluskan kerajaan ini bukan semata-mata sebidang tanah tetapi pengiktirafan titik peluh, sejarah dan maruah peneroka kerana kerajaan sedar tanah ini memeta masa hadapan peneroka,” katanya. – BERNAMA

Tags: FeldaKhaled Nordin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Kapal Tentera Laut AS Singgah Pulau Pinang Atas Urusan Logistik – Mohamed Khaled

Dua Kapal Tentera Laut AS Singgah Pulau Pinang Atas Urusan Logistik – Mohamed Khaled

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Kehadiran dua kapal Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), USS Santa Barbara (LCS 32) dan USS...

“Bumi Mana Tidak Ditumpahi Hujan, Kembalilah Ke Pangkuan UMNO” – Khaled Nordin

“Bumi Mana Tidak Ditumpahi Hujan, Kembalilah Ke Pangkuan UMNO” – Khaled Nordin

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memujuk semua individu yang pernah bersama parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd