• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri Pengangkutan Jepun Kunjungi Najib

oleh Ahmad Albab
29/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima kunjungan hormat Menteri Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun Keiichi Ishii di pejabat beliau di sini hari ini.

Dalam pertemuan selama 30 minit itu, kedua-dua mereka membincangkan pelbagai perkara termasuk projek Kereta api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur- Singapura (HSR).

Cadangan laluan HSR akan memendekkan masa perjalanan antara Singapura dan Kuala Lumpur kepada 90 minit berbanding lebih empat jam perjalanan dengan kereta.

Kereta api itu akan membuat beberapa perhentian termasuk di Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat dan Iskandar Puteri sebelum ke Jurong East.

Ishii, yang berada di Malaysia untuk lawatan tiga hari, diiringi Duta Jepun di Malaysia Dr Makio Miyagawa.

Semasa di sini, beliau turut dijadual berjumpa dengan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razakjepun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Para perwakilan DAP perlu dijelaskan bahawa sekiranya mereka memilih untuk parti itu kekal dalam kerajaan pada Ahad...

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

27/07/2026
0

SEREMBAN – Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Nazifuddin Najib berkata jasa seseorang pemimpin tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd